Selebriti dengan pengikut Twitter paling ramai di dunia tidak bertukar untuk jangka masa yang lama sehingga kini.

Katty Perry dengan 107 juta pengikut diikuti oleh Justin Bieber dengan 104 juta pengikut, Barack Obama dengan 102 juta pengikut, Rihanna dengan 88 juta pengikut dan Taylor Swift dengan 83 juta pengikut.

Di China yang mempunyai populasi penduduk seramai 1.39 bilion, Weibo adalah salah satu platform media sosial paling popular.

BESARKAN TEKS     A-  A+

weibo

Dan top 10 selebriti Weibo dengan pengikut paling ramai juga tidak banyak berubah dalam beberapa tahun ini namun nama-nama seperti Xie Na atau Yang Mi mungkin tidak pernah didengari oleh anda dan semua orang di luar China.

Lebih menarik dan mengejutkan, walaupun tidak terkenal di luar China, namun ada di antara selebriti Weibo ini mempunyai pengikut-pengikut lebih ramai daripada nama-nama yang disebutkan di atas.

iluminasi.com kongsikan 10 selebriti paling popular di platform Sina Weibo .

10. Jimmy Lin - 71 juta pengikut

jimmy lin

Jimmy Lin atau nama sebenarnya Lin Zhiying adalah pelakon dan penyanyi Taiwan yang terkenal dan pemandu kereta lumba.

Beliau adalah salah seorang pelumba rali utama China, tetapi juga sangat berjaya dalam kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi.

Sepanjang beberapa tahun kebelakangan, penyertaan Jimmy dalam rancangan realiti China "Where Are We Going, Dad?" telah menyumbang kepada kejayaannya di Weibo.

jimmy lin dan kereta lumbanya

Untuk beberapa ketika, Jimmy menjalinkan hubungan dengan Ruby Lin, yang berada di nombor 7 dalam senarai ini. Kini beliau telah berkahwin dengan model Kelly Chen dan dikurniakan tiga orang anak.

Jimmy kerap mengemas kini profil Weibo, bercakap mengenai kerjaya, kehidupan peribadinya dan memaparkan gambar-gambarnya dengan kereta lumba.

9. Deng Chao - 74 juta pengikut

deng chao

Deng adalah satu-satunya pendatang baru dalam senarai 10 teratas ini sejak tahun 2017. Deng Chao adalah seorang pelakon, pengarah dan penyanyi.

Beliau terkenal terutamanya disebabkan oleh program "Keep Running", iaitu rancangan seperti Running Man dari Korea Selatan, tetapi versi China.

Deng juga membintangi filem seperti The Mermaid (2016) dan The Dead End (2015). Shadow adalah filem sejarah China yang bakal ditayangkan, arahan Zhang Yimou di mana juga dibintangi oleh Deng, bersama isterinya Sun Li.

8. Ruby Lin

ruby lin

Ruby Lin Xinru adalah warga Taiwan kedua dalam senarai ini. Beliau merupakan seorang pelakon, penerbit dan penyanyi yang terkenal terutama kerana perananya dalam drama TV My Fair Princess (1998).

Sejak itu, Ruby telah membintangi pelbagai siri TV yang berbeza. Ruby berkahwin dengan pelakon Wallace Huo, yang membintangi drama TV popular di China iaitu Ruyi’s Royal Love in the Palace.

Pasangan ini mempunyai seorang anak. Pasangan ini juga sering menjadi sasaran buli siber yang dipercayai menjadi sebab mengapa Wallace menutup akaun Weibonya pada September 2018. 

7. Yao Chen - 80 juta pengikut

yao chen

Lahir di Fujian, pelakon dan selebriti Weibo ini pernah dinamakan sebagai wanita ke-83 paling berpengaruh di dunia oleh majalah Forbes pada tahun 2014.

Sebagai Duta Goodwill UNCHR China yang pertama, Yao Chen juga digelar sebagai Angelina Jolie versi China.

Walaupun Yao Chen bukanlah pelakon wanita paling hebat di China, namun beliau merupakan salah seorang selebriti terawal yang berkongsi kehidupan peribadinya di Weibo sejak tahun 2008 dan berinteraksi dengan para peminat.

yao chen 2

Di Weibo, Yao Chen bercakap mengenai kehidupan hariannya, keluarga, isu semasa, kerja dan juga fesyen.

Gabungan popularitinya kerjaya lakonan dan juga keakraban dengan peminatnya menjadikan Yao Chen salah seorang selebriti Weibo paling popular.

6. Vicki Zhao - 85 juta pengikut

vicki zhao

Penulis yakin dalam ramai-ramai selebriti tersenarai dalam artikel ini, ramai yang mengenali individu ini melalui filem "Shaolin Soccer". 

Vicki Zhao adalah seorang pelakon, penyanyi, usahawanita dan juga pengarah filem.

Vicky juga terkenal dengan hasil kerjanya sebagai wajah bagi beberapa jenama terkenal yang menyumbang kepada kekayaannya.

vicki zhao2

Pada tahun 2015, Forbes menobatkan Vicki sebagai pelakon wanita terkaya di dunia yang masih aktif berlakon.

Bersama-sama pelakon Zhang Ziyi, Zhou Xun dan Xu Jinglei, Vicki tersenarai sebagai pelakon wanita terhebat dalam sejarah China ("New Four Dan actresses") sejak awal tahun 2000.

Kekayaan Vicki dan suaminya Huang You Long dianggarkan bernilai lebih daripada RM4.2 bilion.

5. Chen Kun - 91 juta pengikut

chen kun

Pelakon dan penyanyi terkenal Chen Kun berada di kedudukan ke-3 dalam senarai ini pada tahun lalu namun jatuh beberapa kedudukan pada tahun 2018.

Chen terkenal dengan wataknya dalam filem Painted Skin dan Balzac and Little Chinese Seamtress serta membintangi siri televisyen China 2018 The Rise of Phoenixes yang juga boleh ditonton di Netflix.

Chen Kun yang juga dikenali sebagai Aloys Chen bukan sahaja popular kerana kerjaya lakonannya tetapi juga kerana penampilannya.

Malah, Chen mempunyai pengkalan peminat gay yang sangat besar. Beliau tidak malu dengan penampilannya dan gemar memuatnaik banyak gambar di laman sosial Weibo nya.

4. Angelababy - 97 juta pengikut

angelababy

"Angelababy" adalah nama samaran bagi Yang Ying atau Angela Yeung.

Namun nama Angelababy lebih digunakan oleh kebanyakan populasi di China dalam merujuk kepada individu ini sejak beberapa tahun yang lalu.

Pelakon dan model ini memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2007 dan telah memegang pelbagai watak dalam filem dan drama TV yang berbeza.

Angelababy menjadi tajuk utama terutamanya apabila beliau berkahwin dengan pelakon terkenal China Huang Xiaoming pada tahun 2015 dan mengambil gambar pra-perkahwinan yang mewah di Paris.

angelababy 2

Pada tahun yang sama, Angelababy juga menimbulkan perdebatan hebat apabila menjalani pemeriksaan perubatan untuk membuktikan bahawa beliau tidak pernah menjalani pembedahan plastik muka.

Tindakan tersebut bertujuan mempertahankan dirinya dalam kes mahkamah terhadap sebuah klinik kecantikan.

3. Yang Mi - 97 juta pengikut

yang mi

Pelakon dan penyanyi cantik Yang Mi melonjak naik dari tangga ke 8 kepada ke nombor 3 senarai ini sejak tahun 2017.

Beliau mendapat kemasyhuran dan populariti melalui pelbagai watak dalam drama-drama TV popular China. Dilahirkan di Beijing, Yang Mi memulakan kariernya seawal usia 4 tahun.

Yang membintangi banyak drama TV yang berjaya, termasuk dalam Eternal Love dan The Interpreters.

yang mi 2

Yang Mi kini dilihat sebagai salah seorang pelakon terbesar di China, dan juga sebagai salah satu yang paling bernilai komersial.

Baru-baru ini beliau dilantik menjadi duta jenama Estee Lauder pada tahun 2017 dan juga menjadi wajah baru untuk Michael Kors pada tahun yang sama.

Tahun ini, Yang membintangi dalam filem Baby yang sangat dinanti-nantikan di mana beliau memainkan watak seorang gadis miskin yang berjuang untuk kehidupan bayi kurang upaya.

2. He Jiong - 105 juta pengikut

he jiong

He Jiong telah menjadi pengacara rancangan TV popular China iaitu Happy Camp selama lebih dari sepuluh tahun.

Beliau juga seorang penyanyi, pelakon, dan pernah menjadi guru bahasa Arab di Universiti Pengajian Asing Beijing.

Media Cina telah menggelarkan He Jiong sebagai "tokoh penting dalam industri hiburan China." 'Happy Camp' adalah rancangan waktu perdana yang disiarkan oleh Hunan TV. 

Dengan penonton berpuluh-puluh juta, ia sering berada di tempat pertama dalam penarafan tontonan di China.

Pada tahun 2017, kedua-dua He Jiong dan Xie Na dinobatkan dalam Guinness Book of Records sebagai lelaki dan perempuan dengan pengikut Weibo yang paling ramai.

1. Xie Na - 117 juta pengikut

xie na

Mengungguli senarai ini dan mendapat gelaran "Ratu Weibo" adalah Xie Na atau nama gelarannya "Nana". Nana adalah penyanyi, pelakon dan pereka yang tersangat popular di China.

Antara salah satu sebab mengapa Nana tersangat popular adalah beliau merupakan pengacara bersama rancangan Happy Camp, iaitu salah satu rancangan TV paling popular di China.

Beliau mengacarakan rancangan tersebut bersama-sama He Jiong yang berada di kedudukan kedua senarai ini.

Selain daripada membintangi banyak filem dan siri TV popular China, Xie Na juga telah melancarkan beberapa album, mengasaskan jenama pakaian sendiri dan menerbitkan dua buah buku.




Hakcipta iluminasi.com (2017)