Pada 19 Mei 1984, seorang lelaki bernama Michael Larson dari Ohio yang menganggur yang menghabiskan hampir 12 tahun menjual ais krim dari traknya telah muncul sebagai individu dan peserta yang membuat sejarah dalam sebuah rancangan pertunjukan permainan (gameshow) popular di Amerika Syarikat
Pada ketika itu, pertunjukan permainan "Press Your Luck" cukup popular di sana. Walau bagaimanapun, peserta yang memenangi permainan itu hanya mampu membawa pulang paling banyak $40,000. Walau bagaimanapun, episod yang memaparkan Michael Larson merupakan paling diingati dalam sejarah permainan ini apabila individu ini berjaya membawa pulang wang keseluruhan $110,000 (bernilai $253,000 pada tahun 2015).
BESARKAN TEKS A- A+
Jumlah yang cukup tinggi dan luar biasa ini telah menarik minat ramai pihak untuk mengkaji bagaimanakah lelaki ini mampu melakukannya. Ada yang mendakwa Michael Larson mungkin menggunakan taktik kotor sehinggakan kemenangannya diragui dan dianggap sebagai sebuah skandal terbesar dalam rancangan pertunjukan permainan di Amerika Syarikat.
Skandal pertunjukan permainan
Rancangan Press Your Luck terakhir telah ditayangkan oleh siaran CBS pada tahun 1986 sebelum ditayangkan semula pada tahun 2019. Penamatan rancangan ini pada tahun 1986 dibuat oleh pihak produser yang mahu melakukan penyiasatan bagaimanakah Michael Larson boleh menjadi lelaki yang paling bernasib baik dan membawa pulang wang kemenangan yang cukup banyak.
Kemenangannya yang belum pernah terjadi sebelumnya dan metodologi unik yang digunakannya telah memberikan ilham penghasilan sebuah dokumentari yang diterbitkan pada tahun 2003 oleh Game Show Network bertajuk "Big Bucks: The Press Your Luck Scandal" yang membedah apa yang berlaku.
Dokumentari ini mendedahkan setiap satu gerak-gerinya hingga ke gerakan matanya dan bagaimana dia meletakkan kedua tangannya di atas butang "buzzer" untuk menekan dengan cukup pantas - tidak seperti lawannya Ed Long dan Janie Litras Dakin, yang menggunakan sebelah tangan.
Bagi mereka yang tidak pernah dengar mengenai permainan ini, ia ditayangkan dari tahun 1983 hingga 1986. Setiap episod mempunyai 3 pemain dan papan permainan besar yang menyala dengan corak yang berbeza. Setiap pemain bermain secara bergilir-gilir dan mereka mempunyai butang yang akan mereka tekan untuk pergerakan lampu yang bergerak secara rawak.
Dimana sahaja lampu itu berhenti, itulah apa yang peserta tersebut akan menangi. Boleh jadi jumlahnya $500 atau mungkin set gimnasium di rumah bernilai seribu dolar atau lebih dan pada masa lain terdapat hadiah wang tunai besar antaranya $2,000 atau $5,000.
Namun, permainan ini juga mempunyai muslihatnya yang tersendiri. Terdapat petak bertulisan "Whammy". Sekiranya peserta menekan butang dan lampu yanng bergerak itu berhenti di petak Whammy, peserta akan muflis dan kehilangan semua hadiah dan wang tunai yang terkumpul.
Oleh itu, untuk memenangi wang yang cukup banyak juga bukanlah satu perkara yang mudah dan mungkin turut dipengaruhi faktor nasib. Namun, bagaimanakah peserta yang bernama Michael Larson ini mampu memenangi sehingga $110,000? Adakah dia benar-benar bernasib baik kerana tiada satu pun gilirannya mengenai petak Whammy?
Memanipulasi kelemahan sistem
Michael Larson amat meminati rancangan Press Your Luck dan sering menontonnya di kaca televisyen. Namun, pada satu hari dia perasan bahawa terdapat "kelemahan" pada sistem yang digunakan dalam permainan itu. Dari situ, dia cuba mengkaji lebih dalam dan memasang impian untuk menjadi peserta pertandingan tersebut.
Papan permainan itu hanya mempunyai 5 susunan corak yang berbeza dan apa yang perlu dilakukannya hanyalah menghafal semua 5 daripadanya. Dengan itu, dia tahu di mana perlu menekan butang untuk mengelakkan "Whammy" dan beberapa pengetahuan asas dan perkara untuk membolehkannya terus bermain semasa segmen permainan ini.
Tetapi apabila gilirannya tiba di papan permainan, anda dapat melihat konsentrasi di matanya ketika melihat dan mengimbas papan permainan tersebut mengikuti corak lampunya. Pada masa yang sama, kedua tangannya berada dalam keadaan bersedia untuk menekan butang berhenti pada saat yang dimahukannya.
Michael Larson berjaya mengawal fokusnya dengan baik sehingga dia benar-benar berjaya membuat rancangan ini berjalan tepat mengikut strategi yang dimahukannya, menyebabkan episod tersebut terpaksa disiarkan dalam 2 bahagian dalam 2 hari berturut-turut. Dia berjaya mengambil 45 giliran atau "putaran", sebelum menyerahkannya kepada peserta lain.
Ini merupakan sesuatu yang luar biasa kerana menurut pihak CBS, rata-rata peserta akan mendapat "Whammy" dalam masa 6 putaran. CBS melakukan semua yang mereka boleh untuk mendakwanya menipu agar tidak perlu membayar jumlah wang yang tinggi yang dimenanginya tetapi pada akhirnya, mereka semua bersetuju bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Mereka akui bahawa mereka mempunyai sistem dan Michael Larson berjaya mengalahkan sistem itu. Setelah mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, pihak CBS kemudian menggunakan sistem corak rawak yang mempunyai lebih daripada 5 corak bagi memastikan tiada siapa yang mampu menghafalnya.
Pengakhiran hidup yang kurang baik
Adakah Michael Larson telah menipu untuk menang permainan Press Your Luck yang disertainya? Besar kemungkinan tidak. Malah, dia sekali-kali tidak menipu tetapi bijak mengkaji dan mengambil kesempatan terhadap kelemahan yang wujud pada sistem dan teknologi yang digunakan.
Malangnya, kemasyhuran yang diterimanya dalam program tersebut juga tidak bertahan lama. Pada tahun-tahun berikutnya "Press Your Luck", dia kehilangan sebagian besar wangnya berturut-turut apabila mula menceburkan diri dengan skim cepat kaya menggunakan wang kemenangannya itu.
Michael Larson merupakan seorang inddividu yang mempunyai mentaliti untuk memperoleh wang dengan cara yang mudah, menyebabkannya terjebat dengan skim piramid MLM. Ketika meninggal pada tahun 1999 akibat barah tekak pada usia 49 tahun, dia sedang disiasat atas penipuan oleh pihak SEC, FBI dan IRS.
Kredit: