Tidur adalah salah satu rutin harian terpenting dalam kehidupan kita.

Ia memberikan kita rehat dan tenaga untuk meneruskan hari-hari yang mendatang.

Namun, tidur berlebihan juga akan membawa kemudaratan dan bagi seorang gadis malang di Colombia, dia tidak mempunyai pilihan selain daripada tidur.

Di Amerika Selatan, seorang ibu kepada gadis yang didiagnosis dengan masalah yang sangat jarang dikenali sebagai sindrom Kleine-Levin, telah meminta pertolongan pihak berkuasa disebabkan dia berhadapan masalah untuk menjaga anaknya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sharik Tovar, gadis berusia 17 tahun dari bandar AcacĂ­as di Colombia, menderita sindrom Kleine-Levin sejak dia berumur dua tahun.

Masalah kesihatan yang sangat jarang berlaku yang juga dikenali sebagai sindrom "Sleeping Beauty" ni dicirikan oleh episod tidur berlebihan yang berlebihan serta perubahan kognitif dan tingkah laku.

Tidak seperti kisah fiksyen Sleeping Beauty, penghidap sindrom Kleine-Levin boleh terbangun semasa episod dan kadang-kala bangun sendiri untuk makan atau ke tandas, menurut National Organization for Rare Disorders.

sharik tovar tidur 2 bulan sleeping beauty kolombia colombia

(Sharik Tovar tidur selama 2 bulan secara berterusan disebabkan penyakit hipersomnia)

Setakat ini, hanya 40 kes sahaja dilaporkan di seluruh dunia.

Hipersomnia adalah keadaan di mana anda merasa mengantuk berlebihan pada waktu siang dan ia mungkin berlaku walaupun selepas tidur yang panjang.

Nama lain untuk hipersomnia adalah mengantuk pada waktu siang yang berlebihan (EDS).

Dalah kes Sharik, episod hipersomnia yang dialaminya boleh berlanjutan sehingga dua bulan.

Dalam tempoh yang panjang ini, ibunya Marleny perlu mencairkan makanannya dan memberi makanan tersebut kepada anaknya setiap dua jam.

Lebih teruk, setelah mengalami hipersomnia yang berlarutan ini, Sharik menderita kehilangan ingatan sementara atau kekal.

marleny tovar terpaksa menjaga anaknya yang mengalami masalah hipersomnia

sharik tavor sleeping beauty 683

"Selepas tidur selama 48 hari, Sharik mengalami hilang ingatan sementara. Dia bertanya siapa saya," kata Marleny.

Episod hipersomnia Sharik tidak terhenti di situ apabila ia sekali lagi berlaku pada Januari dan Februari 2019, kali ini ia berlaku selama 22 hari.

Seperti biasa, ibunya terpaksa memberi makan kepadanya setiap dua jam.

Marleny memberitahu bahawa episod hipersomnia terpanjang yang dialami anaknya adalah selama 2 bulan.

Tiub tidak dipasang pada Sharik kerana ibunya masih mampu memberi makan kepadanya menggunakan tangan, namun Marleny terpaksa mencairkan semua makanan yang dimasaknya.

Dia terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Sharik secara sepenuh masa, yang membuatkan dia terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa Colombia.

sharik tovar penyakit hipersomnia tidur lama terlampau

Malangnya rayuan Marleny tidak mendapat perhatian, dan ketika kes Sharik pertama kali menjadi tajuk utama di Colombia, datuk bandar Acacias berjanji akan menyediakan perumahan untuk keluarga tersebut, jadi mereka tidak perlu membayar sewa lagi.

Namun ia masih tidak ditunaikan dan pihak berkuasa tempatan tidak melakukan apa-apa sebaliknya memberikan pelbagai alasan.

Lebih malang, penyebab kepada sindrom Kleine-Levin masih belum diketahui  walaupun dinyatakan bahawa masalah ini mungkin berkaitan dengan jangkitan virus.

Sehingga kini, Sharik dan pesakit yang lain terpaksa hidup dengan masalah ini kerana masib belum ada penawar.

Rujukan:

1. Mirror

2. Central

3. Live Science




Hakcipta iluminasi.com (2017)