Buka internet, banyak sebenarnya perkongsian tentang rawatan-rawatan alternatif dijadikan pilihan masyarakat dunia dalam membantu rawatan pesakit Covid-19.

Sama ada wujud atau tidak bukti saintifik terhadap ubatan tradisional yang diamalkan sebagai alternatif bagi membantu, tidaklah pula kita tahu kerana kajian terhadapnya belum dapat dilakukan setakat ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimanapun, satu kaedah paling mudah yang boleh anda amalkan sekiranya ada di antara ahli keluarga ada menghidap Covid-19 tidak teruk, adalah dengan mengubah cara tidur pesakit itu. Betulkah kaedah ini berkesan? Jom kita baca.

Bagaimana penulis 'Harry Potter' mempopularkan teknik ini

jkrowling promosikan video meniarap

Pada 6 April 2020, penulis siri novel popular dunia J.K Rowling melakukan ciapan perkongsian video seorang doktor di United Kingdom, yang mengajar kepada orang ramai kaedah pernafasan yang boleh membantu pesakit bernafas lebih baik.

Video itu yang memaparkan seorang Dr. Sarfaraz Munshi menerangkan serta menunjukkan latihan teknik pernafasan serta cara tidur yang boleh membantu pesakit bernafas, membuka saluran pernafasan agar oksigen dapat masuk dengan lebih baik.

J.K Rowling pada ketika itu dilaporkan sudah mula mengalami simptom-simptom awal masalah pernafasan dan teknik yang diajarkan doktor itu, ditunjukkan kepada suaminya Neil Murray, seorang doktor perubatan di Scotland.

Selepas mendapat pengesahan daripada suaminya sendiri, Rowling mencuba teknik yang diajar selama 2 minggu dan hasilnya, masalah pernafasan yang dia hadapi hilang.

Adakah ada kajian saintifik yang menyokong kaedah ini?

pesakit ditiarapkan

Ada! Dalam sebuah kajian yang dilaporkan pada 23 Mac 2020, sekumpulan penyelidik melibatkan petugas perubatan dari Zhongda Hospital di Nanjing, China serta Divisyen Perubatan Penyakit Kritikal dari St. Michael's Hospital, Toronto, Kanada telah pun bekerjasama menyiasat tentang 12 kes jangkitan yang berlaku di Jinyintan Hospital, Wuhan.

Kesemua 12 pesakit itu dilaporkan mempunyai jangkitan teruk akibat serangan Covid-19 serta sudah mula dijangkiti sindorm acute respiratory distress syndrome atau ARDS, di mana saluran pernafasan mereka sudah mula gagal berfungsi pada kadar 100% bagi membolehkan seseorang bernafas.

Tujuan mereka melakukan kajian itu adalah untuk menyiasat sama ada perubahan posisi badan pesakit, boleh membantu mengurangkan risiko atau meningkatkan lagi risiko kepada tahap jangkitan seseorang.

Dua posisi yang dijadikan ukuran adalah posisi terlentang semasa rawatan dan posisi meniarap.

Tidur terlentang bagus untuk membantu pernafasan yang tersekat

prone positiion covid 19

Kajian yang dijalankan walaupun menggunakan jumlah sampel yang kecil, iaitu seramai 7 orang pesakit lelaki dan 5 orang pesakit wanita dengan purata usia 59 tahun - menunjukkan perkembangan positif.

Daripada keseluruhan 12 ahli kumpulan itu, 10 orang didapati mempunyai tahap fungsi (lung recruitability) yang sangat rendah pada awal pemerhatian penyelidik yang dilakukan selama 7 hari.

Dengan menukar posisi tidur mereka daripada terlentang setiap masa di selang-selikan dengan tidur meniarap, didapati bahawa tahap fungsi paru-paru mereka meningkat - membolehkan mereka bernafas lebih baik.

Perubahan posisi yang membantu melegakan saluran pernafasan itu mengejutkan penyelidik, kerana kajian seumpama itu merupakan kajian pertama dilakukan ke atas pesakit Covid-19 dan mereka menemui hasil memberangsangkan.

Bagaimanapun, kumpulan penyelidik mengingatkan jumlah sampel kajian mereka juga kecil serta tidak dipilih secara rawak - jadi penemuan mereka ini patut dianggap sebagai satu kaedah yang membantu tetapi belum dibuktikan lagi keberkesanannya.

Penemuan lain yang menyokong kaedah ini

tidur tertiarap meniarap dapat bantu pesakit covid 19 bernafas

Kes-kes serupa turut mula dilaporkans secara tidak formal, melibatkan pesakit di New York. Petugas di Long Island Jewish Hospital mendapati dengan mengalihkan pesakit agar mereka baring meniarap, kadar oksigen yang masuk ke dalam paru-paru mereka bertambah.

Hospital itu pada mulanya menerima kemasukan seorang pesakit berusia 40-an yang berada dalam keadaan kritikal. Dr. Mangala Narasimhan, petugas yang merawatnya memilih untuk mencuba perubahan posisi itu kepada lelaki tersebut.

Pesakit itu menampakkan perubahan mendadak selepas ditiarapkan, kadar oksigen yang berjaya masuk ke dalam paru-parunya naik daripada 85% ke 98%.

Berikutan daripada keberkesanan teknik mudah itu, hospital tersebut mula meletakkan pesakit Covid-19 yang dirawat dalam keadaan meniarap bagi tempoh 16 jam sehari dan hanya dilentangkan, apabila rawatan perlu dijalankan di bahagian dada.

Penemuan baru ini masih dalam peringkat kajian dan bukti yang ada, setakat ini hanyalah dalam bentuk pemerhatian sahaja. Walau demikian, sudah ada beberapa kajian terdahulu yang tidak berkait dengan Covid-19 menunjukkan perubahan serupa boleh berlaku pada pesakit yang mengalami ARDS.

Jadi seandainya anda mula merasai masalah pernafasan dan rasa sukar menyedut oksigen, anda boleh mencuba teknik ini dahulu untuk memudahkan anda bernafas. Harus diingatkan, kaedah ini tidak menyembuhkan serangan virus sebaliknya hanya membantu memudahkan pernafasan.

Rujukan

Lung Recruitability in SARS-CoV-2 Associated Acute Respiratory Distress Syndrome: A Single-center, Observational Study (pautan PDF)




Hakcipta iluminasi.com (2017)