Para penyelidik Colombia telah menerbitkan sebuah kajian dalam jurnal Biological Conservation awal bulan ini memberi amaran bahawa badak-badak air yang diimport oleh raja dadah Pablo Escobar beberapa dekad yang lalu telah berleluasa di tanah paya Colombia, dan keadaan itu akan menjadi jauh lebih buruk jika pihak berkuasa tidak menyingkirkan makhluk itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi yang tidak tahu, Polis Nasional Colombia telah menembak mati Pablo Escobar pada tahun 1993.

Mereka kemudiannya merampas ladang seluas 7,000 ekar, termasuk zoo peribadi milik Pablo Escobar.

Dan walaupun pihak berkuasa menghantar sebahagian besar daripada haiwan-haiwan tersebut ke zoo-zoo dan pemeliharaan hidupan liar, mereka membiarkan 4 ekor badak air dewasa ini begitu sahaja walaupun haiwan tersebut bukan berasal dari rantau tersebut.

hacienda napoles rumah pablo escobar 793

Keempat-empat ekor badak air itu telah diseludup masuk ke Colombia oleh Pablo pada tahun 1980-an.

Haiwan itu kemudiannya membiak dan kini terdapat sekitar 80 ekor badak air berkeliaran di seluruh negara dan telah menjadi maskot kebangsaan.

Badak air ini yang dikatakan sebagai "haiwan invasif terbesar di dunia" mendatangkan malapetaka terhadap ekosistem Colombia.

Pada tahun lalu, kajian menunjukkan bahawa najis haiwan ini telah mengubah tahap kimia dan oksigen dalam saluran air tempatan, menyuburkan bakteria berbahaya (cyanobacteria) yang boleh menyebabkan alga biru-hijau tumbuh subur dan membuatkan orang serta haiwan jatuh sakit.

papan tanda pintu masuk zoo hacienda napoles milik pablo escobar

(Papan tanda pintu masuk zoo Hacienda Napoles milik Pablo Escobar)

Badak air ini juga menjadi ancaman keselamatan secara langsung kepada orang Colombia di mana ia mengejar manusia dan bahkan mencederakan seorang lelaki pada Mei 2020.

Secara global, badak air membunuh lebih ramai manusia setiap tahun berbanding spesies mamalia besar yang lain. Haiwan yang sangat agresif terhadap manusia ini membunuh sekitar 500 manusia di seluruh dunia setiap tahun.

Badak air ini terus membiak dan tidak berhadapan dengan sebarang pemangsa semula jadi di Colombia, membuatkan ia tidak terjejas.

Ia juga telah tersebar jauh sehingga 161 kilometer dari penempatan asal di ladang Pablo Escobar.

Ketika ini badak-badak air ini tinggal di sepanjang lembah Sungai Magdalena, yang merupakan sumber utama air minum dan aktiviti ekonomi seperti pertanian dan penternakan lembu.

zoo milik pablo escobar 3

zoo milik pablo escobar 2

zoo milik pablo escobar 4

(Antara haiwan yang terdapat di zoo Hacienda Napoles)

Disebabkan oleh kebimbangan terhadap kesihatan dan keselamatan awam, pihak berkuasa Colombia telah melancarkan rancangan untuk membunuh haiwan ini pada tahun 2009, namun ia dibatalkan dengan serta-merta akibat bantahan orang ramai.

Dan penulis kajian terbaharu ini mengatakan bahawa pembatalan rancangan tersebut adalah satu kesilapan.

Mereka meramalkan bahawa "jumlah populasi akan terus meningkat," melonjak kepada hampir 1,500 ekor badak air menjelang tahun 2040. 

Ketika itu, haiwan itu akan mula memberi kesan terhadap ekosistem tempatan yang tidak dapat dipulihkan dan akan mewakili ancaman serius serta tidak terkawal terhadap keselamatan manusia.

Untuk mengelakkan bencana ekologi dan ancaman umum yang lebih besar, kajian ini menggesa pihak berkuasa untuk sekali lagi mempertimbangkan untuk membunuh badak-badak air tersebut sebelum sampai ke tahap itu.

Namun, bukan semua pihak yang bersetuju untuk membuat perbincangan semula tentang membunuh haiwan-haiwan ini. Sesetengah saintis berasakan bahawa mereka patut membiarkan haiwan tersebut, atau sekurang-kurangnya meneruskan kajian kesannya terhadap ekosistem tanpa penghakiman.

Satu kajian yang ditulis tahun lalu menunjukkan bahawa haiwan itu benar-benar bermanfaat bagi persekitaran Colombia, mengisi peranan ekologi yang pernah dimainkan oleh mamalia kuno, yang telah pupus beribu-ribu tahun dahulu.

"Kami tidak mendakwa bahawa badak air bermanfaat atau tidak, tetapi ia harus dikaji tanpa prejudis, dalam konteks masa yang lama," kata penulis kajian tersebut.

Namun ahli ekologi yang lain melihatkan badak air ini sebagai satu masalah dan beranggapan bahawa daripada ia dibunuh, badak-badak air ini sepatutnya dikasi yang membolehkan ia terus hidup tanpa membiak.

Ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tindak balas orang ramai terhadap keputusan untuk membunuh haiwan tersebut yang membawa kepada protes.

badak air mengejar manusia 425

Walaupun begitu, cubaan sebelum ini untuk menangkap dan mensterilkan badak-badak air ini tidak berjaya, disebabkan oleh ciri semula jadi haiwan itu yang tersangat pantas dan ganas.

Badak air boleh berlari dengan kelajuan 48 kilometer sejam, lebih laju daripada manusia terpantas di dunia iaitu Usain Bolt yang mampu mencapai kelajuan 44.72 kilometer sejam.

Para saintis Colombia hanya berjaya menangkap empat ekor badak air tersebut antara tahun 2011 hingga 2019, yang mana dikatakan seperti tidak memberi kesan penting pada pembiakannya di kawasan berkenaan.

pablo emilio gaviria escobar

(Pablo Escobar, raja dadah Colombia)

Rujukan:

1. Mashable

2. Conservation

3. CNN




Hakcipta iluminasi.com (2017)