Anda mungkin pernah menyedari dan tertanya-tanya mengapa lelaki mengambil masa yang lama untuk 'membuang' berbanding wanita. Anda juga mungkin menganggap ia adalah lumrah kerana fizikal dan naluri lelaki dicipta sedemikian. Namun begitu, masa yang panjang di tandas itu sebenarnya tidak melibatkan sebarang aspek anatomi manusia.

Malah, orang lelaki sebenarnya mampu menyahtinja lebih pantas daripada orang perempuan. Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Gender Medicine pada tahun 2009 telah menyiasat faktor perbezaan jantina dalam proses penyahtinjaan dan mendapati orang perempuan lebih cenderung untuk mengalami sembelit dan pelbagai masalah usus.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kajian lain yang diterbitkan dalam Gut pada tahun 1992 juga menemui keputusan yang seakan-akan sama. Majoriti responden daripada 1,900 peserta kajian yang menyatakan mereka sering berdepan dengan pelbagai masalah ketika di tandas adalah kaum wanita. 

"Habis tu, kenapa lama sangat suami saya duduk dalam tandas? Apa dia buat?"

Jawapannya mudah. Rata-rata kaum lelaki memang gemar meluangkan masa lebih lama di bilik air. Satu tinjauan di United Kingdom mendedahkan bahawa orang lelaki menghabiskan masa sekitar 1 jam 35 minit di jamban setiap minggu iaitu kira-kira 14 minit setiap hari. Manakala wanita pula meluangkan hanya 55 minit dalam seminggu (lebih kurang 8 minit sehari).

Ini bermakna, kaum lelaki mengambil masa berjam-jam di tandas kerana mereka bukan sekadar membuang air. Tinjauan yang dijalankan oleh UK Bathrooms tersebut mendapati seramai 86% lelaki gemar membaca ketika sedang berada di tandas.

lelaki suka menghabiskan masa membaca dan bermain game di tandas

Satu kajian lain pada tahun 2009 yang diterbitkan dalam jurnal Neurogastroenterology & Motility pula mendapati dalam sejumlah 499 peserta lelaki dan wanita yang direkodkan, lebih separuh responden lelaki (64%) bersetuju yang mereka selalu membaca di tandas berbanding hanya 41% responden wanita.

Menurut seorang ahli psikoterapi yang menulis buku "Be Fearless: Change Your Life in 28 Days" iaitu Jonathan Alpert, kemungkinan besar orang lelaki berbuat demikian untuk mencari ketenangan sebentar daripada segala masalah kehidupan. 

Me-time di bilik air

Orang lelaki mungkin melihat tandas sebagai cara mudah untuk melarikan diri sejenak daripada kesibukan di rumah. Ia seolah-olah menjadi suatu kawasan perlindungan dan satu-satunya tempat di mana mereka boleh mendapatkan masa bersendirian.

Terutama sekali bagi para bapa yang mempunyai ramai anak kecil. Menurut Alpert, ramai klien memberitahunya yang tandas atau bilik air menjadi eskapisme daripada segala hingar bingar serta tugasan harian sebagai bapa. Tambahan pula, tiada anak atau sesiapapun yang akan mempersoalkan apa yang anda lakukan di dalam bilik air. Jadi, ia adalah suatu tempat yang amat selamat untuk mendapatkan me-time yang sempurna.

main game dalam tandas 199

Walaupun setiap orang berhak mendapatkan privasi di tandas, Alpert menjelaskan terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan dan sengaja membuang masa berlebih-lebihan di tandas. Perbuatan ini bukan hanya boleh menyebabkan penyakit buasir akibat duduk atau meneran terlalu lama, malah ia juga boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

Tandas penyebab hubungan retak

Sesi tandas yang terlalu lama boleh juga menjadi tanda terdapat tabiat yang lebih mencurigakan. Bagi sesetengah orang, ada faktor lebih serius yang perlu diperhatikan - lebih-lebih lagi jika ditemani telefon di bilik air. Wujud individu yang menggunakan masa privasi ini untuk berkomunikasi dengan kekasih gelap atau skandal mereka. Selain itu, ada segelintir golongan lain pula gemar menonton video lucah atau menghabiskan masa mencari kekasih baru menggunakan aplikasi dating semasa di dalam tandas.

apa yang orang lelaki buat dalam tandas

Walau bagaimanapun, janganlah terburu-buru menuduh pasangan anda bermain kayu tiga sekiranya dia kerap membuang masa di bilik air. Dia mungkin hanya mengidamkan beberapa minit tambahan untuk menenangkan jiwa seketika. Namun, jika dia mempunyai tanda-tanda lain seperti dalam artikel yang kami pernah kongsikan ini, hati-hati!




Hakcipta iluminasi.com (2017)