Tandas merupakan antara tempat laing kotor di rumah atau sesebuah bangunan. Kebiasaannya, kita hanya menghabiskan beberapa minit sahaja dalam tandas untuk membuang air, membasuh muka, menggosok gigi dan mandi.
Disebabkan ini, tandas kebiasaannya jarang diberikan perhatian dalam rekabentuk hiasan rumah. Pengubahsuaian tandas jugga jarang dititik beratkan oleh kebanyakan daripada kita. Cukuplah ianya bersih, tidak berkulat dan boleh berfungsi dengan baik.
BESARKAN TEKS A- A+
Kita mungkin tidak selalu memikirkannya, tetapi mempunyai tandas sebenarnya adalah hak istimewa yang tidak dimiliki oleh semua manusia pada zaman moden kini. Sukar untuk dibayangkan, tetapi terdapat banyak bahagian di dunia yang masih tidak memiliki kemudahan tandas.
Walau bagaimanapun, perkara ini tidak menghalang sebilangan orang daripada benar-benar melabur wang untuk mempunyai tandas yang mahal dan ekslusif. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi pula 5 tandas paling mahal di dunia.
5. Tandas kayu Dagobert - $14,123
Tandas yang diperbuat daripada kayu ini dihasilkan oleh syarikat Herbeau dan dijual pada harga $14,123. Rekabentuknya juga cukup unik, menyamai rupa takhta yang menjadi tempat duduknya seorang raja.
Maka, tidak hairanlah ia dinamakan sempena penguasa terakhir dinasti Merovingian di Perancis, Raja Dagobert. Tandas ini sangat megah dengan ketinggianya lima kaki. Ia menampilkan tali penarik untuk tujuan "flush" di sudut kiri atas dan lilin di sudut kanan atas.
Tandas ini juga mempunyai tempat meletakkan tangan. Tandas ini akan memainkan lagu, "Le Bon Roi Dagobert," setiap kali penutupnya diangkat.
4. Tanda bertatahkan Swarovski – $75,000
Tandas ini merupakan hasil idea Jemal Wright, seorang pereka yang mencipta tandas bertatahkan batu permata Swarovski. Rekabentuk tandas ini menampilkan setiap inci bahagian dan bucu tandas ini bertatahkan batu permata Swarovski.
Satu-satunya bahagian yang tidak diletakkan batu permata Swarovski adalah tempat duduk tandas dan bahagian dalam penutup tandas. Hasilnya adalah satu keunikan dan keindahan rekabentuk - sesuatu yang mungkin lebih banyak terdapat di galeri seni dan bukannya bilik mandi anda.
Ini adalah jenis tandas yang pastinya anda akan cuci setiap hari sehingga berkilat, bahkan mungkin selepas setiap penggunaan. Harganya? Cuma $75,000, sesuai jika anda mempunyai lebihan wang untuk dibazirkan.
3. Tandas Taman Seni Moon River - $750,000
Tandas ini merupakan satu-satunya tandas dalam senarai ini yang bukan tandas persendirian, sebaliknya sebuah tandas awam yang terletak di Taman Seni Moon River di China.
Lebih mnghairankan, ianya merupakan tempat tumpuan pelancong yng datang ke sini untuk melihatnya sendiri. Tandas ini dikatakan terletak dalam sebuah gua buatan manusia dan pengguna perlu menunggu sehingga 2 jam untuk merasai pengalaman membuang air berlatarbelakangkan keindahan semula jadi.
Tiada bayaran yang dikenakan untuk menggunakan tandas ini, pengguna hanya perlu membayar tiket masuk ke taman ini. Kos pembinaan tandas ini didakwa sekitar $750,000, namun tidak dapat dipastikan mengapakah kosnya begitu tinggi.
2. Tandas emas Hang Fung
Semasa kecil, kita mungkin pernah mendengar "ura-ura" bahawa tandas paling mahal di dunia adalah tandas emas yang digunakan oleh golonga Raja. Nampaknya, sebahagian dakwaan itu mungkin tepat kerana tandas yang diperbuat daripada emas sememangnya wujud, cuma ia bukanlah dimiliki oleh mana-mana Raja atau jutawan.
Sebaliknya, tandas daripada emas yang berharga $5 juta ini dihasilkan oleh syarikat Hang Fung Gold Technology Group untuk satu bilik demonstrasi tandas yang dikenali sebagai “The Hall of Gold”.
Tandas ini dapat dilihat dan dikunjungi oleh orang ramai, dan banyak pelancong berduyun-duyun ke ruangan ini untuk mengambil gambar mereka. Tandas hanyalah sebahagian daripada keseluruhan barangan yang dipaparkan di bilik pameran tersebut, tetapi sekiranya anda ingin membawa pulang tandas ini, harganya adalah $5 juta.
1. Tandas ISS
Menariknya, tandas paling mahal di dunia bukanlah terletak di muka Bumi, sebaliknya di angkasa lepas atau lebih tepat lagi di Stesyen Angkasa Antarabangsa atau ISS. Dengan harga $19 juta, tandas ini adalah tandas termahal yang pernah dibuat dalam sejarah tandas.
Ia dibina oleh Rusia untuk stesen angkasa pada tahun 2008 dan kosnya agak tinggi memandangkan mereka perlu membangunkan teknologi khas bagi membolehkan angkasawan menggunakannya di angkasa lepas yang mempunyai sifar graviti. Tandas ini mempunyai pendakap kaki untuk memastikan angkasawan berada dalam kedudukan yang betul semasa menggunakan tandas. Ia mempunyai vakum khas yang menyedut setiap najis yang dimasukkan ke dalam tangki septik.
Di samping itu, ini adalah satu-satunya tandas yang pernah dibuat yang mempunyai penapis canggih yang mampu mengekstrak air dari sisa najis dan membersihkannya untuk diminum. Dalam erti kata lainnya, kosnya yang mahal ini adalah kerana teknologi yang terdapat padanya.
Kredit: