Setiap hari anda membuang air kecil, pernah tak anda terfikir apakah manfaat yang boleh diperolehi daripada apa yang digelar najis ini.

Tahukah anda pada satu ketika dahulu air kencing manusia sangatlah berharga dan mempunyai banyak kengunaan serta pelbagai manfaat, lebih-lebih lagi di zaman Rom kuno.

iluminasi.com kongsikan 5 perkara yang dilakukan oleh Rom kuno menggunakan air kencing manusia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Memutihkan gigi

kegunaan air kencing pada zaman empayar rom 2

Jika anda lihat pada bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan produk pencuci di rumah anda, pasti anda akan perasan satu lazim, iaitu ammonia. Apabila dibiarkan terlalu lama, air kencing akan terurai kepada ammonia.

Ammonia mempunyai sifat yang mampu bertindak sebagai produk pencuci yang dapat mengeluarkan kotoran dengan mudah. Jadi, orang Rom pada zaman dahulu terkenal dengan amalan memutihkan gigi mereka menggunakan air kencing

2. Menjadikan buah lebih sedap

kegunaan air kencing pada zaman empayar rom 7

Selain daripada ammonia, air kencing juga mengandungi nitrogen dan fosforus. Kedua-dua bahan ini sangat baik untuk tumbesaran tumbuhan. Penulis Rom iaitu Columella menulis bahawa air kencing orang berusia sangat berguna dalam penanaman buah delima yang membuatkan buah ini lebih berjus dan sedap.

3. Mencuci toga putih berseri

kegunaan air kencing pada zaman empayar rom 4

Pakaian yang berwarna putih dipakai oleh orang Rom dikenali sebagai toga. Disebabkan ammonia dalam air kencing bertindak sebagai pencuci, ia juga digunakan dalam pencucian toga.

Toga dicuci di tempat yang dikenali sebagai fullery, seakan-akan sebuah kolam kecil. Fasa pertama mencuci toga membabitkan si pemakai melompat-lompat di dalam tong yang besar mengandungi air kencing di dalamnya.

kegunaan air kencing pada zaman empayar rom 5

kegunaan air kencing pada zaman empayar rom 3

Proses ini adalah seperti mesin basuh. Fasa kedua biasanya menggunakan abu-abu atau tanah. Kedua-dua bahan ini membantu melarutkan gris yang ada pada toga, dan membuatkan toga kembali putih berseri.

4. Menyembuhkan haiwan yang sakit

Menurut penulis Columella, air kencing juga digunakan untuk tujuan veterinar. Bagi kamping biri-biri yang mempunyai masalah hempedu, ia diberikan air kencing untuk diminum. 

Bagi haiwan ini yang mempunyai masalah paru-paru, air kencing dimasukkan melalui hidung. Lebah-lebah yang sakit juga diberikan air kencing manusia, dan selsema burung dipulihkan dengan menyapu air kencing panas pada paruhnya.

5. Menyamak kulit

kegunaan air kencing pada zaman empayar rom 8

Orang Rom kerap menggunakan air kencing, najis anjing dan kadang-kadang najis manusia bagi tujuan menyamak, bagi menghasilkan kulit yang baik.

Air kencing merupakan sumber yang kaya dengan urea iaitu sebatian organik berasaskan nitrogen yang bertukar menjadi ammonia apabila terurai.

kegunaan air kencing pada zaman empayar rom 9

pH ammonia dalam air yang tinggi menguraikan bahan organik yang menjadi bahan yang paling sempurna bagi orang zaman purba untuk melembutkan dan menyamak kulit haiwan.

Kulit haiwan yang direndamkan dalam tempoh yang lama di dalam air kencing dapat memisahkan bulu-bulunya, dan kemudiannya najis tahi dilumurkan untuk beberapa jam.

Enzim-enzim yang dihasilkan oleh bakteria dalam najis ini dapat melembutkan kulit tersebut.

Rujukan : 

1. Smithsonian

2. Ciencia Historica

3. MenFlo




Hakcipta iluminasi.com (2017)