Oleh pada 04 Dec 2017 kategori

img 20171204 192146

Jika anda membuat carian imej "tandas" ataupun "toilet" di Google, anda hanya akan nampak pelbagai jenis tandas seramik yang putih berseri. Kebanyakan gambar itu adalah tandas tipikal di negara berpendapatan tinggi.

Tapi anda perlu faham yang tidak semua tandas di dunia kelihatan seperti itu.

Jika anda ingin mengetahui rupa tandas dari seluruh dunia, cuba berkunjung ke Dollar Street. Ia merupakan sebuah projek yang mengkatalogkan pelbagai objek harian seperti sabun, dapur, alat permainan dan tandas, bertujuan memaparkan pelbagai peringkat kehidupan dengan jumlah pendapatan berbeza dari seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Projek Dollar Street itu dimulakan oleh Anna Rosling Ronnlund, pengasas Gapminder, sebuah pertubuhan yang kerap menggunakan infografik untuk bercerita tentang dunia. Pada tahun 2016, Anna menggunakan khidmat ramai jurugambar untuk mengambil foto objek dan kisah kehidupan dari lebih 264 buah rumah di 50 buah negara.

Kami pilih gambar-gambar tandas ini dari Dollar Street untuk tatapan anda. Jika kita sering merungut, mungkin kita boleh mula belajar bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah Taala kurniakan kepada kita.

hari tandas sedunia tandas 7 buah negara belajar bersyukur

Tandas yang perlu dipam secara 'manual' menggunakan air ini terletak di dalam rumah sebuah keluarga dari Tunisia. Di rumah itu, Mabrouk yang berpendapatan $209 (RM852) tinggal bersama isterinya, Jamila dan 4 orang anak mereka di dalam rumah dengan 2 bilik itu.

hari tandas sedunia tandas 7 buah negara belajar bersyukur 2

Tandas ini hanyalah sebuah lubang yang dikorek di atas tanah. Ia milik sebuah keluarga yang berasal dari pedalaman Malawi. Revben dan Havenes Banda berkongsi tandas ini bersama 5 orang anak dan 5 orang cucu mereka. Pendapatan isi rumah mereka pula hanyalah $50 (RM204).

hari tandas sedunia tandas 7 buah negara belajar bersyukur 3

Ini juga merupakan satu lagi tandas yang tidak mempunyai sistem pembetungan yang sepatutnya. Tandas ini dimiliki Sabatrirani Bishash, seorang peniaga dari Kahana, Bangladesh. Dia tinggal bersama 3 orang anak dan mempunyai pendapatan sebanyak $125 (RM510) setiap bulan.

hari tandas sedunia tandas 7 buah negara belajar bersyukur 4

Tandas yang berada dalam kediaman keluarga Tamang di Kathmandu, Nepal ini dikongsi oleh pasangan Shyam yang bekerja sebagai buruh kasar, isterinya Minu, seorang petani dan anak-anak mereka seramai 5 orang. Pendapatan keluarga ini hanyalah $121 (RM493) setiap bulan.

hari tandas sedunia tandas 7 buah negara belajar bersyukur 5

Tandas ini milik keluarga Singh dari Gurgaon, India. Sham dan isterinya, Renuka yang memperolehi pendapatan bulanan sebanyak $369 (RM1,505) tinggal di sebuah rumah bersama 3 orang anak mereka. Keluarga ini hanya mempunyai sumber air dari bilik air ini untuk mencuci tangan dan kerja-kerja membersih.

hari tandas sedunia tandas 7 buah negara belajar bersyukur 6

Ini mungkin tandas paling menyedihkan yang dimiliki oleh keluarga Butoyi dari Burundi. Ibu tunggal bernama Imelda berusia 41 tahun berkongsi tandas ini bersama 4 orang anaknya di sebuah rumah dengan 2 bilik tidur. Imelda bekerja sebagai seorang buruh petani dan berpendapatan hanya $27 (RM110) sebulan.

Kita yang berada di Malaysia negara aman dan makmur ini? Tandas cantik-cantik pun kita sanggup rosakkan. Ada sistem kumbahan yang baik dan teratur pun masih ramai yang malas mahu menarik pam.

Nikmat apa lagi yang kita mahu dustakan?

Rujukan: Dollar Street




Hakcipta iluminasi.com (2017)