Tak dinafikan kisah-kisah pasangan curang kadangkala membuatkan ramai orang rasa takut nak kahwin. Apatah lagi dengan peningkatan kes perceraian yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. Bagi wanita yang dah berkahwin pula, mereka sering dilanda rasa curiga. Takut sangat kalau-kalau suami terjebak dengan hubungan bersama perempuan lain.
Tapi jangan risau. Sebagai isteri, anda dianugerahkan dengan deria keenam yang boleh menghidu sekiranya pasangan anda main kayu tiga. Sekiranya anda dah mula terhidu bau-bauan yang kurang menyenangkan, bolehlah baca perkongsian ini untuk kenalpasti tanda-tanda selanjutnya.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Sembunyikan telefon atau pasang password
Sekiranya suami anda tak pernah meletakkan sebarang keypad lock ataupun password pada telefonnya dan anda dapati secara tiba-tiba suatu hari ada password, maka ini adalah mungkin tanda-tanda awal yang suami anda berlaku curang dalam diam.
Selain itu, suami juga akan lebih cenderung berkepit dengan telefon dan membawa 'lari' telefon masuk bilik, bilik air ataupun pergi ke lokasi yang jauh sikit dari anda.
2. Bila ditanya soalan mudah, dia melenting
Seringkali suami yang merahsiakan sesuatu daripada isteri ni akan mempunyai sikap mempertahankan diri (defensive) secara tiba-tiba. Kalau anda tanya soalan mudah seperti "Tadi abang pergi mana?" dan dia jawab "La, kat pejabat la, mana lagi. Tak percaya ke? Abang ada dengan Amir tadi. Kalau tak percaya, ayang boleh call sendiri Amir. Nah la, call la dia sekarang tanya betul ke tak. Suka je nak main tuduh-tuduh orang."
Haha. Nampak tak cara jawapan tu diberi.
Sebagai isteri, anda sendiri boleh rasa perubahan dalam intonasi dan gaya percakapan suami anda. Kalau anda dah mula rasa curiga dan was-was dengan suami, bolehlah hidupkan fungsi GPS tracker ataupun Friend Finder menggunakan telefon anda.
3. Tidak menjawab panggilan telefon
Dulu-dulu setiap kali anda call laju je dia jawab. Tiba-tiba, suami memanjang guna alasan ada meeting atau sedang berjumpa client. Tapi tak pernah call anda balik pun. Bila anda whatsapp atau sms, dia balas pun acuh tak acuh je. "K."
4. Dia tukar password media sosial
Katakanlah sebelum ni anda tahu password semua akaun email, facebook, wechat, instagram dia. Tapi tiba-tiba bila anda nak buat spot check, rupa-rupanya dia dah tukar password. Jeng jeng jeng.
5. Menjadi terlalu baik secara tiba-tiba
Lumrah lelaki memang suka 'cover line' sehingga kadang-kadang nampak fake sangat. Anda sebagai isteri boleh tahu sekiranya suami berperangai pelik.
Tak pernah-pernah belikan makanan tapau, tiba-tiba bawak balik char koay teow special. Ataupun tiba-tiba je dia beli beg tangan baru berjenama untuk anda. Besar kemungkinan hadiah dan gesture ini adalah kerana dia rasa bersalah terhadap anda.
6. Ada panggilan masuk tapi dia taknak jawab
Telefon dia berbunyi, dia pergi jenguk untuk tengok siapa call tapi last-last dia tak jawab pun. Ataupun dia jawab juga tapi bisik-bisik, lepas tu disusuli dengan teks mesej. Bila anda tanya siapa, dia jawab takde sapa-sapa ataupun dia tergagap-gagap reka jawapan.
7. Sebelum masuk rumah, dia akan buang masa dalam kereta atau di luar pintu dahulu
Suami yang mempunyai hubungan lain selalunya perlu memberitahu pada perempuan simpanannya "Ok, I dah sampai rumah. You jangan text or call I dah tau nanti kantoi. Esok I akan call you." Kemudian dia perlukan sedikit masa untuk memadam semua bahan bukti sebelum masuk ke rumah. Jadi, anda boleh perhatikanlah tabiat dia tiba-tiba jadi macam ni ke tidak.
8. Tiba-tiba suka melaram
Kalau selama ini suami anda jenis tak kisah sangat pasal penampilan dan tiba-tiba saja dia suka pakai bedak, minyak wangi semerbak, setiap hari bercukur, mulut pun dah tak bau busuk, sikat rambut pakai pomade dan sentiasa mengenakan baju yang smart, anda kena berhati-hati.
9. Dia semakin suam-suam kuku dengan anda
Bila hubungan curang suami anda bersama perempuan ketiga itu semakin kukuh, suami akan semakin hilang minat dengan anda di rumah. Bila anda ajak berjalan, dia cakap malas. Bila ajak dating, dia cakap letih. Bila tanya nak makan apa, dia jawab dah kenyang. Bila ajak bersenggama, dia kata tak ada mood.
Macam-macam alasan yang diberikan kepada anda. Kalau dah sampai tahap ni, mungkin dah serius sikit lah tu. Mungkin dah sampai masa anda berkomunikasi dengan lebih jelas, tanyakan hal yang sebenar pada suami.
10. Suami dah pandai menipu
Seorang wanita memang dianugerahkan dengan sixth sense kurniaan Allah SWT. Nak nak kalau yang dah bergelar ibu, dia punya naluri tu kuat lain macam. Kalau anda dah rasa pelik sangat dengan perangai suami dan akhirnya mengantoikan suami menipu apa-apa, mintalah dia berterus-terang saja dengan anda. Kemudian, bawa berbincang cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
Kalau anda jenis superwoman, boleh ajak suami jumpa dengan perempuan tersebut.
Walau bagaimanapun, jangan cepat melatah atau mengamuk tak tentu hala. Jangan main serang je perempuan lain yang anda saspek merupakan wanita ketiga itu tanpa sebarang bahan bukti. Kumpul dulu segala bahan bukti, baru pergi jumpa tanya hal sebenar. Baru la nampak anda sepertieducateddan matang sikit. Ok? Good luck!