Peralatan makan seperti sudu dan garpu merupakan antara perkakas yang kita hampir kita gunakan setiap hari.

Garpu khasnya mempunyai bahagian hujung yang agak runcing, sesuai untuk tugasnya mencucuk makanan sama ada untuk memudahkan kita mengangkat atau memotong makanan tersebut.

Cuba anda kira, berapa cabang hujung runcing sebatang garpu? Kebiasaannya mesti ada empat cabang. Pernahkah anda terfikir apa sebabnya ada empat, bukan tiga atau lima?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Garfu atau garpu?

garpu atau garfu

Sebelum kita mulakan artikel, ada baiknya penulis perjelaskan satu perkara kepada anda terlebih dahulu agar tidak ada yang keliru.

Di kalangan ahli masyarakat kita, sangat ramai yang keliru antara penggunaan yang betul istilah 'garpu.' Ini kerana wujud satu lagi istilah lain iaitu 'garfu' mengakibatkan ada orang guna garpu, ada orang guna garfu.

Secara rasmi, kita menggunakan istilah 'garpu' dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengikut daftar kata Dewan Bahasa dan Pustaka.

Istilah 'garpu' ini pula sebenarnya istilah pinjaman daripada istilah 'garfo' dalam bahasa Portugis, hasil pengaruh penjajahan di negara kita.

Ralat kekeliruan di antara penggunaan 'garpu' atau 'garfu' masih berlangsung sehingga ke hari ini, jadi kami harap penerangan ringkas ini membantu menjelaskannya kepada anda.

Sejarah ringkas garpu

garpu dua cabang sejarah sebab istilah

Bagi pengguna peralatan secara am, kita hanya mengenali satu jenis garpu tetapi sebenarnya terdapat beberapa jenis garpu berbeza untuk kegunaan yang berlainan.

Garpu biasa yang kita temui adalah 'dinner fork,' sementara itu wujud beberapa garpu lain seperti garpu pencuci mulut (dessert fork), garpu untuk ikan (fish fork), garpu hidangan (serving fork), garpu memotong (carving fork) dan beberapa jenis garpu lain lagi.

Penggunaan garpu direkodkan bermula sekitar 4000 tahun dahulu sekitar tahun 2400SM/BC melalui penemuan artifak garpu yang diperbuat daripada tulang di sekitar China, sebelum bahan gangsa dan besi mula digunakan bagi penghasilan garpu.

Pada mulanya garpu hanya layak untuk digunakan sebagai peralatan makan golongan bangsawan, sebelum populariti penggunaannya mula tersebar di Eropah pada abad ke 16.

Garpu zaman tersebut kebanyakannya hanya mempunyai dua cabang hujung runcing yang mempunyai jarak besar di antaranya serta bentuknya rata, direka berdasarkan kepada bentuk garpu memotong dalam versi lebih kecil.

Disebabkan oleh rekaannya yang sebegitu rupa, pengguna khasnya peminat makanan bersaiz kecil seperti kacang atau bijirin menghadapi kesukaran menyuap makanan tersebut dengan garpu. Kacang tidak mampu melekat pada garpu mereka.

Jadi masyarakat Eropah menambah satu lagi hujung runcing pada garpu. Perubahan ini membolehkan orang ramai makan dengan lebih mudah, suapannya lebih kemas tanpa ada risiko makanan jatuh.

Selain itu, bentuk garpu juga dilengkungkan sedikit bagi membolehkan makanan berbentuk bulat seperti kacang terletak di atas garpu tanpa mudah bergolek.

Populariti garpu empat cabang mula menular

spork atau sfrok rekaan sudu gabung garpu

Penambahbaikan ke atas bentuk garpu mula memudahkan orang ramai menggunakannya. Proses penghasilannya juga dipermudahkan serta menjadi lebih murah, membolehkan lebih banyak pihak mampu memilikinya.

Sekitar abad ke 18, orang Jerman mula memperbaiki rekaan garpu, menambahkan satu lagi cabang hujung runcing pada garpu menjadikannya empat semuanya.

Penambahan ini berpunca daripada pendapat bahawa empat cabang lebih mudah digunakan bagi menampung makanan ekoran jarak antara cabangnya yang lebih kecil. Seain itu garpu empat cabang runcing didakwa mampu mencengkam daging dengan lebih kuat.

Saiz garpu empat cabang juga dirasakan lebih serasi dengan saiz mulut orang Jerman, memberikan keselesaan kepada pengguna berbanding beberapa versi garpu berbeza yang cuba memperkenalkan garpu 5 dan 6 cabang.

Lebih banyak cabang dikatakan merosakkan tekstur daging, mengakibatkan makanan pengguna 'rosak'.

Perubahan terakhir yang berlaku adalah kepada saiz hujung runcing itu sendiri, yang dipendekkan. Dengan saiz yang lebih pendek, pengguna boleh menjimatkan usaha dalam 'menikam' makanan.

Masyarakat Cina menggunakan garpu terlebih dahulu sebelum kayu sepit

artifak garpu lama yang ditemui

Penggunaan kayu sepit kini cukup sinonim dengan orang Cina, tetapi tahukah anda penggunaan garpu sebenarnya jauh lebih lama menjadi amalan mereka?

Artifak garpu tiga cabang yang paling tua ditemui di China sebenarnya membuktikan bahawa budaya masyarakat Cina bergantung dengan garpu sebagai perkakas makan dan tabiat ini kekal sehinggalah sekitar abad ke 5.

Populariti ajaran Confucius yang mengajar pengikutnya bahawa benda tajam seperti garpu yang diletakkan di atas meja, akan mengingatkan pengikutnya kepada keganasan serta bahaya mula beransur-ansur mengubah tabiat makan mereka.

Kayu sepit yang sebelum itu digunakan hanya sebagai alat memasak mula digunakan sebagai alternatif kepada garpu.

Lama kelamaan penyebaran ajaran Confucius di kalangan etnik Cina mengubah budaya mereka, sehinggakan garpu didakwa dilabel sebagai ciptaan barat dan kayu sepit pula lebih mirip budaya orang Cina.

Kami tinggalkan anda dengan satu soalan - apa istilah sebenar yang mewakili cabang garpu dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu kita? Nak tahu?

Rujukan

A Brief History of Chopsticks




Hakcipta iluminasi.com (2017)