Mandarin adalah bahasa yang paling dikenali di dunia kerana ia adalah bahasa yang digunakan di Tanah Besar China, Taiwan, dan juga salah satu bahasa rasmi di Singapura. Oleh itu, Mandarin biasanya dirujuk atau disebut sebagai "Chinese."
Namun sebenarnya, ia adalah hanya salah satu daripada banyak bahasa Cina yang wujud. China adalah sebuah negara lama dan luas dari segi geografinya, dengan banyak gunung, sungai, dan padang pasir yang mewujudkan sempadan serantau yang semulajadi.
BESARKAN TEKS A- A+
Dari masa ke semasa, setiap rantau telah mengembangkan bahasa lisan mereka yang tersendiri. Bergantung pada setiap rantau ini, masyarakat China turut bertutur dalam dialek Wu, Hunanese, Jiangxinese, Hakka, Yue (termasuk Cantonese-Taishanese), Ping, Shaojiang, Min, and banyak lagi dialek. Malah ada juga di satu-satu wilayah, terdapat banyak bahasa yang boleh digunakan. Sebagai contoh, di wilayah Fujian, anda boleh mendengar Min, Fuzhounese, dan Mandarin yang dituturkan, masing-masing sangat berbeza dari yang lain.
Dialek vs Bahasa
Topik yang seringkali dipertikaikan adalah untuk membezakan samada bahasa-bahasa Cina ini adalah 'dialek' atau 'bahasa'. Biasanya ia dikategorikan sebagai dialek, tetapi setiap satu daripadanya mempunyai sistem perbendaharaan kata dan tatabahasa yang tersendiri. Sistem dan peraturan yang berbeza ini akan menjadikan pengguna saling tidak dapat memahami antara satu sama lain. Penceramah yang menggunakan Kantonis dan yang menggunakan Min tidak akan dapat berkomumikasi antara satu sama lain. Begitu juga pengguna Hakka tidak akan memahami pengguna Hunan, dan banyak lagi. Dengan perbezaan uatama yang jelas ini, ia boleh ditakrifkan sebagai bahasa, bukannya dialek.
Sebaliknya, walaupun pertuturan mereka sangat berbeza, mereka semua berkongsi sistem penulisan biasa (aksara Cina) yang sama. Walaupun aksara dapat diucapkan dengan cara yang berbeza-beza bergantung pada bahasa / dialek seseorang yang bercakap, bahasa yang tertulis dapat difahami di semua wilayah. Ini menyokong hujah bahawa ia adalah dialek bahasa rasmi Cina iaitu Mandarin.
Jenis-jenis Mandarin yang berbeza
Walaubagaimanapun, sesuatu yang menarik untuk diketahui adalah Mandarin sendiri boleh dipecahkan kepada beberapa dialek yang biasanya banyak dituturkan di wilayah utara. Banyak bandar yang besar dan terkenal seperti Baoding, Beijing Dalian, Shenyang, dan Tianjin, memiliki gaya penggunaaan Mandarin yang tersendiri yang berbeza dari segi sebutan dan tatabahasa. Mandarin biasa yang menjadi bahasa rasmi China, adalah berdasarkan dialek dari Beijing.
Sistem Tona Cina
Semua jenis bahasa Cina mempunyai sistem tona yang tersendiri. Maksudnya, nada di mana suku kata diucapkan menentukan maksudnya. Nada sangat penting apabila membezakan antara homonim (setiap dua atau lebih perkataan yang mempunyai ejaan atau sebutan yang sama tetapi mempunyai makna dan asalan yang berlainan).
Mandarin Cina mempunyai empat nada, tetapi bahasa Cina yang lain lebih banyak. Sebagai contoh, Yue (Cantonese) mempunyai sembilan nada. Perbezaan sistem tona adalah satu lagi sebab mengapa bentuk-bentuk bahasa Cina yang berbeza tidak saling difahami antara satu sama lain dan dianggap oleh banyak orang sebagai satu lagi bahasa yang berasingan.
Bahasa Cina Yang Ditulis Dengan Cara Yang Berbeza
Karektor-karektor bahasa Cina mempunyai sejarah sejak lebih daripada dua ribu tahun. Bentuk awal karektor-karektor Cina adalah 'pictographs' (grafik yang mewakili objek sebenar), tetapi karektor-karektor ini menjadi semakin bergaya dari masa ke semasa.
Dalam usaha untuk meningkatkan dan memudahkan kefahaman, kerajaan China mula meringkaskan (simplified) karektor-karektor ini pada sekitar tahun 1950-an. Karektor-karektor mudah ini digunakan di Tanah Besar China, Singapura, dan Malaysia, manakala Taiwan dan Hong Kong masih menggunakan aksara tradisional. (Jika anda menggunakan penterjemah secara atas talian seperti Google Translate, anda akan mendapati terdapat dua jenis bahasa Cina untuk dipilih iaitu Chinese Traditional dan juga Chine Simplified)
Rujukan: thought.com