Anda mungkin selalu nampak gambar-gambar atlet, olahragawan dan ahli sukan dengan aksi menggigit pingat yang dimenangi kan? Tapi tahukah anda apa sebabnya mereka berbuat demikian?

Jika kita melihat sejarah, pada zaman dahulu, memang menjadi kebiasaan orang untuk cuba menggigit logam berharga bagi mengelakkan logam tiruan. Menurut David W. Lange daripada Persatuan Jaminan Numismatik, pemungut wang akan menggigit syiling emas untuk menguji ketulenan dan keasliannya. Emas merupakan logam yang lembut dan akan menunjukkan kesan fizikal apabila diberikan tekanan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

aricco jumi

Kalau begitu, berapa banyak kandungan emas dalam pingat sukan?

Kalau kita kecilkan skop pada sukan Olimpik sahaja, ia berbeza pada setiap kejohanan kerana bergantung pada harga emas. Menurut Forbes, kali terakhir sukan Olimpik memberikan pingat emas tulen 100% adalah pada tahun 1912. Tapi pingat yang dibuat hanyalah bersaiz kecil sahaja. Selepas itu, kesemua pingat hanya merupakan campuran pelbagai logam.

datuk lee chong wei menggigit pingatnya

Pada tahun lepas di Rio, setiap ketul pingat emas hanya mengandungi 6 gram emas, iaitu 1.2% sahaja dari berat pingat. Selebihnya merupakan logam perak dengan ketulenan 92.5%.

pingat di sukan olimpik rio 2016 merupakan yang paling besar dan berat tapi hanya mengandungi 1 2 kandungan emas

Sekiranya setiap ketul pingat seberat 500 gram itu dibuat menggunakan emas tulen, ia akan bernilai USD22,000 (RM95,623) setiap satu. Agak-agak organisasi manalah yang baik hati nak taja buat 812 ketul pingat.

Kalau bukan emas tulen, kenapa atlet suka gigit pingat?

Sebenarnya bukan atlet yang nak sangat pun posing sebegitu. Menurut David Wallechinsky, presiden Persatuan Ahli Sejarah Olimpik Antarabangsa, ia hanya dilakukan untuk memuaskan hati jurugambar sahaja. Aksi menggigit pingat ini seperti sudah menjadi satu obsesi di kalangan jurugambar kerana ia dianggap sebagai satu gaya ikonik.

rafael nadal gigit trofi

Fenomena menggigit 'kemenangan' ini bukan hanya terhad kepada pingat, malah Rafael Nadal pun selalu menggigit trofi kemenangannya!

Rujukan:

1. CNN

2. Mental Floss

3. Forbes

4. Metro UK




Hakcipta iluminasi.com (2017)