Pengambilan dadah terlarang yang mampu mengakibatkan ketagihan pada seseorang, menjadi masalah besar di kesemua negara dunia.

Negara kita juga sejak era sebelum merdeka lagi telah pun memperkenalkan Akta Dadah Berbahaya tahun 1952 bagi menyelia dan mengawal penularan isu ini, agar tidak merebak sehingga menjadi barah masyarakat yang tidak terkawal.

Sehingga kini kerajaan kita mengkategorikan kesemua jenis dadah ke dalam enam kumpulan berbeza, mengikut jenis dan rangsangan yang mampu dirasai pengambilnya. Apakah enam kategori berbeza itu?

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Opiat dan Opiat Sintetik

dadah jenis opiat opium

Dadah jenis opiat boleh dibahagikan kepada dua kategori; sama ada opiat jenis tulen atau yang diperbuat daripada bahan sintetik. Kesemuanya dibuat daripada bahan berasaskan candu.

Antara opiat tulen yang paling popular di kalangan penagih dadah di negara kita adalah candu yang dihasilkan daripada getah buah popi dan morfin yang juga dihasilkan daripada proses penghasilan candu.

Heroin pula adalah produk yang terhasil daripada proses penghasilan morfin yang dilaporkan mampu memberikan kesan berkali-kali ganda, berbanding bahan asalnya.

Satu lagi jenis dadah opiat yang popular adalah kodein, bahan asas yang digunakan dalam ubat batuk namun diproses dalam kaedah berbeza untuk menghasilkan kesan yang diingini.

Bagi dadah jenis opiat sintetik, terdapat beberapa jenis bahan yang sebenarnya dibangunkan untuk tujuan perubatan tetapi disalah gunakan. Antaranya adalah metadon, pethidine, dipipanone dan dextropropoxyphene.

2. Stimulan

stimulan dadah bertenaga

Dadah jenis stimulan adalah dadah yang diproses khas untuk merangsang aktiviti sistem saraf pusat seseorang, melalui tindak balas kimia yang menggalakkan proses psikoaktif pengambilnya.

Kategori ini boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu dadah stimulan jenis amfetamin atau 'amphetamine type stimulants' (ATS) dan kokain.

Amfetamin mempercepatkan penghantaran isyarat di antara otak ke badan, jadi namanya dipasaran gelap selalu mencerminkan sifatnya itu; seperti label 'speed' yang popular di kalangan penagih.

Kumpulan lain stimulan adalah metaamfetamin yang lebih kita kenali dengan nama syabu atau ais, akibat bentuknya yang mirip dengan hablur-hablur jernih air beku atau kaca kosong.

Satu lagi kumpulan pecahan amfetamin adalah MDMA atau 'methylenedioxy-methampthemine' yang sangat popular di kalangan anak muda, digelarkan sebagai pil ekstasi atau XTC.

3. Ganja

kategori dadah malaysia yang banyak disalah gunakan

Sebut pasal ganja pasti akan membangkitkan perbincangan hangat, ekoran gerakan kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan peranan ganja sebagai bahan ubatan yang sangat berkesan.

Ganja atau kanabis merupakan bahan sebatian yang terhasil daripada pokok ganja atau 'cannabis sativa' yang cukup popular aktiviti penanamannya, dibeberapa buah negara. Ada juga negara yang membolehkan pokok ganja ditanam, asalkan mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Tidak bagi negara kita, yang secara jelas melarang sebarang aktiviti berkaitan pokok ganja sama sekali.

Dadah jenis ganja boleh dibahagikan kepada 3 jenis, bergantung kepada cara penghasilan dan pemprosesannya. Bentuk paling ringan adalah bentuk daun kanabis herba yang dikeringkan mirip tembakau biasa.

Bentuk ganja 'hash' terhasil daripada pengumpulan getah pucuk bunga ganja yang diproses dengan lilin, untuk menghasilkan sama ada ketulan atau serbuk. Tahap bahan kimia yang terhasil juga lebih tinggi berbanding versi herba.

Dadah jenis ganja paling kuat adalah dalam bentuk minyak 'hash' yang telah melalui proses pengasingan kimia, dianggarkan mempunyai kepekatan 60 ke 80% sebatian dalam larutannya.

4. Dadah halusinogen

halusinasi penagih dadah

Dadah jenis halusinogen merupakan kategori dadah yang mampu menghasilkan perubahan atau khayalan pada minda pengambilnya, sehinggakan penagih itu mampu melihat ilusi atau imaginasi tanpa mampu membezakan realiti dan fantasi.

Majoriti bekalan dadah halusinogen sebenarnya datang dalam bentuk ubat terkawal yang diseludup masuk secara haram, tanpa ada kawalan ke atas pembeli yang menjadi pengambilnya.

Antara penyakit yang sepatutnya dirawat menggunakan ubat-ubatan psikotropik adalah penyakit insomnia dan gangguan mental.

Bagaimanapun, siasatan yang dijalankan turut mendapati wujud segelintir klinik swasta yang bertindak menjual ubat-ubatan ini kepada pelanggan dalam memaksimakan keuntungan.

Jenis ubat paling popular dijual dalam pasaran gelap di negara kita adalah jenis midazolam, di mana ada klinik didapati sengaja membekalkan ubat-ubatan ini kepada 'bukan pesakit' untuk tempoh masa yang lama melebihi tempoh waktu sepatutnya.

5. Depresan/Sedatif

gadis khayal selepas diberi dadah ghb

Kategori dadah jenis depresan atau sedatif merupakan kategori dadah yang digunakan oleh penagih untuk memperlahankan sistem saraf pusat, bagi membolehkan seseorang tidak sedarkan diri.

Secara umum dadah jenis ini terbahagi kepada empat kumpulan iaitu anestesia am, alkohol alifatik, dadah penahan narkotik dan dadah sedatif/hipnotik.

Antara dadah depresan paling popular adalah erimin-5 yang pada awalnya dihasilkan di Jepun, sebelum pasaran gelap mula mengeluarkan dadah jenis ini sendiri. Biasanya erimin-5 digunakan sebagai ganti penagih yang ketagihan heroin agar mereka tidak sedarkan diri - bagi membolehkan ketagihan mereka hilang.

Harganya juga dikatakan lebih murah.

Dadah depresan atau sedatif juga terkenal dengan nama popularnya - rape drug atau dadah rogol, apabila dadah ini yang biasanya datang dalam bentuk cecair akan dimasukkan ke dalam minuman wanita (atau lelaki) bagi membuatkan mereka pengsan.

Antara 'dadah rogol' paling popular adalah GHB atau 'grievious bodily harm' di mana seseorang itu akan hilang kesedaran diri sepenuhnya untuk satu tempoh panjang, membolehkan pemangsa melakukan apa saja yang dia mahu ke atas mangsanya.

bilik di mana reynhard mengerjakan mangsa 632

Sejenis lagi dadah popular ekoran mudah diperolehi adalah dadah ketamin.

Ketamin adalah bahan yang sebenarnya dibangunkan untuk membius manusia atau haiwan yang bakal menjalani pembedahan. Bagaimanapun, minda kreatif penagih mula menjadikan pengambilan ubat bius ini sebagai dadah terlarang akibat kesannya yang unik.

Seseorang yang mengambil ketamin akan mengalami 3 kesan serentak seperti mengambil dadah halusinogen, stimulan dan depresan seterusnya mengalami perasaan di mana nyawa mereka dikatakan berpisah dengan jasad - terapung-apung di antara hidup dan mati yang didakwa penagih; sangat mengasyikkan.

Anda dah tahu kisah seorang lelaki Indonesia yang menggunakan dadah jenis sedatif; untuk merogol 138 lelaki lain?

Sehingga kini dia layak bergelar perogol bersiri lelaki paling berbahaya dan ada mangsanya sehingga ke hari ini tidak sedar, mereka telah dinodai.




Hakcipta iluminasi.com (2017)