Setiap kali sampah dikutip dari tong hijau di hadapan rumah, semua tidak tahu apa yang terjadi dengan sampah tersebut. Ramai yang menganggap sampah dan najis sebagai bahan yang membawa keburukan kepada manusia namun hanya segelintir yang mengetahui tentang faedah bahan buangan ini kepada kita.
Najis dan sampah dalam kuantiti yang tinggi akan membawa keburukan kepada kita jika tidak diproses dengan sebaiknya. Bahan buangan ini akan dikumpul di satu kawasan yang selalu dikenali sebagai kawasan pelupusan sampah. Pencemaran banyak berlaku daripada buangan bahan-bahan ini terutamanya di kawasan sungai.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Proses Penukaran Sampah Kepada Bahan Bakar
Sampah yang dikutip boleh ditukarkan kepada bahan bakar bagi kenderaan-kenderaan sebagai satu alternatif daripada minyak yang dicari gali. Proses yang dipanggil "gasification ini akan menukarkan sampah kepada syngasiaitu gabungan gas hidrogen dan karbon monosikda.
Sampah-sampah ini akan dimasukkan ke dalam satu teknologi yang dikenali sebagai "arka plasma" untuk memecahkan bahan organik kepada syngas itu. Proses ini memerlukan suhu yang tinggi dan kawasan yang mempunyai kekurangan oksigen. Jadi, proses ini boleh dilakukan di kawasan-kawasan yang berjauhan daripada pokok-pokok dan hutan.
Ini adalah satu kelebihan kepada kita yang patut kita manfaatkan. Syngas ini boleh dimanfaatkan dengan beberapa cara bergantung kepada permintaan oleh syarikat-syarikat pengeluar dan orang ramai. Kelebihan syngas ialah:
1.1 Bahan bakar kenderaan
Syngas ini boleh ditukarkan kepada gasolin dan ethanol. Kedua-dua bahan ini banyak digunakan sebagai bahan bakar dalam engin kenderaan yang kita gunakan seharian. Bayangkan betapa hebatnya sebenarnya sampah ini jika kita bijak memanfaatkan.
Selain daripada mendapat bahan bakar, pencemaran khususnya pencemaran air dan udara juga boleh dielakkan kerana sungai-sungai kita tidak lagi dipenuhi dengan sampah dan sampah-sampah ini juga tidak akan dibakar dengan sewenang-wenangnya yang akan menghasilkan gas toksik.
1.2 Bahan bakar untuk menjana elektrik
Syngasini boleh dibakar dalam turbin gas di mana pembakaran ini akan menggerakkan turbin gas. Turbin gas yang bergerak ini akan menghasilkan tenaga kinetik sekali gus tenaga kinetik ini akan ditukarkan kepada tenaga elektrik yang kita guna seharian.
Kelebihan syngas ini memang tidak dapat dinafikan tetapi disebabkan faktor ekonomi dan sebagainya, proses gasification ini masih lagi tidak dikomersialkan di kebanyakan buah negara. Terdapat negara yang mengamalkan proses ini dan ada juga negara yang mengimport sampah daripada negara lain hanya untuk mendapatkan syngas ini seperti negara Sweden.
Sampah-sampah ini hanya bermanfaatkan kerana bahan organiknya sahaja jadi jika bahan seperti plastik, botol dan tin tidak akan memberi manfaat kerana bahan-bahan ini tidak akan menghasilkan syngas.
Jadi sebaiknya jika kita mengitar semula bahan plastik, botol dan tin kerana kerajaan tidak perlu menghabiskan wang untuk mengasingkan bahan ini daripada sampah organik. Proses pengasingan sampah memerlukan kos yang tinggi jadi kita sebaiknya menjadi pengguna yang bijak untuk mengasingkan dengan melakukan kitar semula.
2. Najis yang ditukarkan kepada baja organik
Selain sampah, najis manusia dan haiwan juga bermanfaat kepada kita sendiri jika kita bijak memanfaatkannya. Najis manusia seperti air kencing dan tahi mempunyai kandungan urea yang tinggi. Urea yang mempunyai formula kimia CO(NH2)2 kaya dengan kandungan unsur nitrogen.
Najis-najis yang kita ketahui seperti najis haiwan kaya dengan ion-ion yang berunsurkan ion nitrogen seperti NO3- NO2- dan NH4+. Ion yang berunsurkan nitrogen ini sangat baik untuk tumbuh-tumbuhan kerana ion ini merupakan sumber nutrien untuk pokok-pokok melakukan proses fotosintesis.
Baja yang dibuat daripada tahi lembu dan binatang lain ialah baja organik jadi ia tidak akan memberi kesan kepada manusia jika hendak dibandingkan dengan baja sintetik. Terdapat satu mesin atau alat baru dicipta yang menukarkan sisa makanan anda terus kepada baja dengan hanya memasukkan sisa tersebut ke dalam mesin itu.
Mesin yang menukarkan sisa makanan kepada baja
Kesimpulannya, jadilah pengguna yang bijak dengan mengitar semulakan sampah-sampah agar kita sendiri mendapat manfaatnya.
sumber :https://www.technologyreview.com/s/413606/converting-garbage-into-fuel/