Oleh pada 30 Dec 2017 kategori

poop najis poo

Tak kiralah di mana sahaja anda berada, sama ada di Barat atau di Timur, najis adalah sesuatu yang sangat menggelikan. Ia dilihat sebagai sesuatu yang sangat jijik, walaupun ia milik anda sendiri. 

bau makanan sedap bertukar kepada bau najis busuk

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ia adalah kerana baunya yang busuk dan juga rupa bentuk yang mampu membuatkan anda termuntah. Namun, pernah tak anda terfikir mengapa najis berbau busuk, sedangkan makanan yang anda makan mempunyai bau yang sangat menyelerakan? 

Bagaimana bau tersebut boleh bertukar?

Jawapannya adalah disebabkan oleh bakteria. Di dalam badan kita (dan haiwan), terdapat terlalu banyak mikroorganisma, lebih daripada trilion bakteria. Bakteria-bakteria ini menghasilkan sejumlah sebatian berbau sulfur, yang dikeluarkan daripada badan melalui najis. Ini secara tak langsung memberikan bau busuk kepada najis kita. 

Jadi, mengapa kita berasa bau busuk pada najis ini tidak menyenangkan? Kajian yang dilakukan oleh Val Curtis dari London School of Hygiene and Tropical Medicine (LSHTM) mendapati menyelidik sehingga ke teori oleh Charles Darwin, iaitu "Manusia menganggap bau busuk najis untuk kebaikan kita sendiri".

pergerakan najis dalam usus

Menurut Val Curtis, rasa jijik terhadap rupa bentuk dan bau najis adalah "tingkahlaku sistem ketahanan badan" yang merupakan cara penyesuaian yang dilakukan oleh badan secara biologi. 

Najis mempunyai bau fisiologi yang berbeza-beza mengikut pemakanan dan status kesihatan seseorang. Bagi mereka yang memakan daging (protein), ia mengandungi banyak metionin (asid amino), yang merupakan sebatian berbau sulfur. Bau najis manusia dikatakan dihasilkan oleh sebatian berikut :

  1. Methyl sulfides 
  2. Methylmercaptan/methanethiol (MM)
  3. Dimethyl sulfide (DMS)
  4. Dimethyl trisulfide (DMTS)
  5. Dimethyl disulfide (DMDS)
  6. Benzopyrrole volatiles
  7. Indole
  8. Skatole
  9. Hidrogen sulfida (H2S)  

Hidrogen sulfida adalah sebatian sulfur yang paling biasa ditemui dalam najis.

Rasa jijik terhadap najis bukanlah dirasai oleh semua hidupan. Bagi sesetengah haiwan, ia akan memakan najis sendiri, atau najis haiwaan lain untuk mendapatkan nutrien atau bakteria yang bermanfaat bagi ususnya. Dalam kalangan manusia, rasa jijik dipengaruhi oleh budaya tempatan, keadaan persekitaran dan pengalaman peribadi.

najis bayi 714

Sebagai contoh, pepijat dianggap sebagai jijik di Barat namun di kebanyakan negara Asia Tenggara ia dijadikan sebagai makanan istimewa. Dan rasa benci terhadap najis tidak sama. Sebagai contoh, satu kajian dijalankan oleh penyelidik dari Amerika Syarikat dan Australia di mana ibu-ibu diberikan beberapa lampin mengandungi najis. 

Ibu-ibu tersebut berasakan najis-najis daripada bayi lain sebagai lebih jijik daripada najis bayi mereka sendiri. 

Bau busuk mungkin disebabkan penyakit

Najis berbau busuk juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan. Antara salah satu penyebabnya adalah sindrom malabsorpsi, di amana badan kita tak dapat untuk menyerap jumlah nutrien yang cukup daripada makanan yang dimakan.

Ia biasanya terjadi apabila terdapat jangkitan atau penyakit yang menghalang usus anda daripada menyerap nutrien. Antara penyebab biasa sindrom malabsorpsi adalah :

  1. Penyakit seliak, yang merupakan tindak balas kepada gluten yang merosakkan lapisan usus kecil dan menghalang penyerapan nutrien yang betul
  2. Penyakit radang usus (IBD), seperti penyakit Crohn atau kolitis ulseratif
  3. Intoleransi karbohidrat, yang merupakan ketidakupayaan untuk memproses gula dan kanji sepenuhnya 
  4. Intoleransi protein tenusu 
  5. Alahan makanan



Hakcipta iluminasi.com (2017)