1. Salah satu benda cukup pelik mengenai orang Melayu ni adalah masalah iri hati.
2. Masalahnya ramai yang iri hati kalau orang yang kelihatan seperti kuat ilmu agama ni, nampak kaya.
3. Salah ke orang pakai serban ada kereta mewah?
4. Kita, orang biasa boleh bawak BMW, apa peliknya orang kuat ilmu agama nak pakai benda mewah?
5. Memang pelik sebenarnya.
BESARKAN TEKS A- A+
6. Bila berkaitan ahli agama, kita punya persepsi seolah dia kena miskin, hidup ala kadar dan kena berkesederhanaan
7. Hakikatnya, tahap sederhana kita lain-lain.
8. Itu lah yang orang susah nak terima. Kita punya sederhana RM5, dia punya sederhana RM50. Lain-lain.
9. Dah lama perkara ni melanda masyarakat kita.
10. Mengapa pula jika anak muda yang ahli perniagaan tayang kereta, rumah dan teman wanita, kita ajak dia buat wawancara dan anjurkan kelas perniagaan. Kita angkat dia sebagai idola dan suruh masyarakat contohi dia sebab dia berjaya dalam usia muda.
11. Dalam Islam, tak ada masalah kita nak kaya. Tak ada masalah kita nak hidup mewah dan berbelanja lebih sikit, kalau dah mampu. Apa salahnya? Malahan Islam suruh kita jadi kaya, kerana bila kita kaya, kita mampu sedekah dan berzakat.
12. Jika semua orang kita tak mampu nak sedekah, kita nak harap orang mana pula sedekah?
13. Tanah kubur kita tu, selalunya datang dari tanah wakaf. Macam mana nak wakaf, kalau kita tak mampu nak ada tanah?
14. Kita perlu ubah persepsi berkenaan zuhud.
15. Kerana tahap zuhud tiap-tiap orang tidak sama. Yang lebih baik, doakanlah orang yang mewah itu zuhud dan mampu berkongsi kekayaan dengan masyarakat yang mungkin kurang bernasib baik.