Oleh pada 09 May 2017 kategori

Kredit foto: mybuletin.net

Kartunis terkenal tanahair, Ujang sekali lagi ditimpa nasib malang apabila diberikan notis 24 jam pemberhentian kerja yang diluah sendiri menerusi akaun Facebook miliknya.

Menerusi pendedahan tersebut, beliau memberitahu sebuah syarikat penerbitan majalah yang ketika itu (6 tahun lepas) merayu untuk menerima tawaran kerja bersama mereka. 

Beliau pada mulanya enggan untuk menerima tawaran itu berikutan insiden dikhianati sebelum ini tetapi bersetuju juga setelah rayuan dibuat.

Pada asalnya, gaji yang diminta Ujang ialah sebanyak RM15,000 sebulan untuk operasi keseluruhan tetapi tidak dapat dipenuhi syarikat tersebut yang kemudiannya menetapkan gaji bulanan sebanyak cuma RM2,000.

kartunis ujang luah rasa kecewa dikhianati buat kali kedua 1

kartunis ujang luah rasa kecewa dikhianati buat kali kedua 2

kartunis ujang luah rasa kecewa dikhianati buat kali kedua 3

kartunis ujang luah rasa kecewa dikhianati buat kali kedua 4

kartunis ujang luah rasa kecewa dikhianati buat kali kedua 5

Untuk info, kartunis Ujang memang cukup dikenali dengan majalah Ujang yang pernah menjadi fenomena dalam industri komik negara suatu ketika dahulu.

Sumber: siakapkeli.my & Facebook Ibrahim Ujang Anon




Hakcipta iluminasi.com (2017)