Kredit foto: mediahiburan.my

Pelakon Esma Daniel akhirnya meleraikan persoalan akan status rumahtangganya apabila mendedahkan dia sudahpun bercerai dengan isterinya, Nitra Sari Omar sejak bulan November tahun lepas.

Menurut Esma, dia terpaksa berdiam diri dalam tempoh yang agak lama untuk mendapat semangat dan kekuatan sebelum tampil memberitahu berita perceraian itu kepada khalayak.

Esma turut memberitahu dia dan isteri masing-masing sibuk bekerja dan tinggal berjauhan yang membawa kepada perpisahan mereka.

Ini adalah kali kedua saya gagal dalam perkahwinan dan pastinya ia satu perkara sukar untuk saya terima. Namun, saya perlu akur apabila kami sudah tiada jodoh untuk bersama.


Bekas isteri kini menetap di Johor Bahru bersama enam anak kami. Saya tak nafikan, jarak yang jauh dan sibuk dengan pekerjaan antara punca perpisahan ini.


Jika diikutkan saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya perlu akur bahawa saya adalah golongan artis yang juga milik masyarakat.


Jika saya terus berdiam diri, lama kelamaan mereka akan bertanya juga dan saya pula bukanlah seseorang yang suka berkongsi semua perkara di laman sosial.

Sumber: Harian Metro

Namun, Esma mengakui perceraian itu dilakukan demi kebaikan anak-anak mereka dan dia perlu mencari sesuap nasi untuk memastikan mereka membesar dengan sempurna.

Untuk pengetahuan, pasangan ini berkahwin pada tahun 2002 dan dikurniakan 6 orang anak yang berumur antara setahun hingga 10 tahun.

Sebelum ini, Esma pernah berkahwin dengan pelakon Sherie Merlis dan dikurniakan 2 orang anak, namun mereka juga akhirnya bercerai.

esma daniel dedah punca sebenar bercerai kali kedua 1

Sumber: Mynewshub.cc




Hakcipta iluminasi.com (2017)