Kredit foto: Malay Mail Online
Juri baru rancangan Maharaja Lawa Mega 2017 (MLM2017), Datuk Aznil Hj Nawawi yang menggantikan tempat Najip Ali telah melakukan sedikit perubahan pada minggu lalu dengan memperkenalkan sistem 'krik krik' yang diberikan kepada peserta yang mempunyai lawak hambar.
Peserta pertama yang mendapat 'krik krik' pada minggu lepas ialah kumpulan Abioso dari Indonesia. Malah, komen dari para juri turut bersifat lebih tegas pada minggu ini.
Penyingkiran kumpulan Joras pada minggu lalu disifatkan sebagai suatu keputusan yang tidak disangka-sangka.
Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang sudah meramal penyingkiran kumpulan Joras disebabkan lawak kotor mereka menerima teguran dari Datuk Rosyam Nor.
Selepas siaran langsung tersebut, Datuk Aznil telah menulis sebuah luahan perasaan melalui Instagramnya yang terkilan dengan peserta yang terguris dengan teguran para juri.
Sumber: beritamemey.blogspot.com