Kredit foto: tv14.my

Malang tidak berbau. Minggu lalu menjadi episod ngeri buat aktor Kamal Adli apabila terlibat dalam sebuah kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Kamal mendakwa dirinya menjadi mangsa langgar lari apabila lori yang mengalami kemalangan bersama motorsikalnya enggan memberi bantuan dan memecut pergi. Kejadian berlaku di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Bagaimanapun, Kamal bersyukur kerana dia tidak mengalami kecederaan parah.

kamal adli terlibat dalam kemalangan 2

Kredit foto: Instagram Kamal Adli

Kejadian berlaku ketika saya pulang daripada bermain bola, sekitar jam 2 pagi di MRR2. Secara tiba-tiba sebuah lori memotong laluan dengan laju tanpa menyalakan lampu amaran terlebih dulu. Saya terpaksa melepaskan motosikal kerana tidak mahu terperosok di bawah lori atau melanggar pembahagi jalan. Saya dapat lihat motosikal bergolek-golek di bahagian belakang, manakala topi keledar pula tercampak ke depan. Lori itu pula meninggalkan tempat kejadian tanpa memberikan sebarang bantuan. Saya rasa mungkin pemandunya takut dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah, semuanya selamat dan saya tidak mengalami kecederaan parah. Kalau diikutkan, cara jatuh itu sangat berbahaya dan boleh meragut nyawa.

Sumber: BH Online

Difahamkan, Kamal pada awalnya enggan menghebahkan berita tersebut, namun rakan artis berkongsi kejadian berkenaan di media sosial hingga memaksanya untuk tampil membuat kenyataan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)