Kredit foto: Instagram Kamal Adli , Instagram Uqasha Senrose , Majalah Remaja
Pelakon Kamal Adli sah bergelar suami kepada aktres Uqasha Senrose dalam pernikahan tertutup yang diadakan pada 5 November lalu.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin dan jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat pukul 9.39 pagi, dengan mas kahwin berjumlah RM22.50.
Aktor berumur 35 tahun itu menyerahkan tujuh dulang hantaran dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.
Kedua-dua mempelai diraikan dalam majlis bertemakan taman seawal pukul 7.30 pagi yang mana perkahwinan itu turut dihadiri beberapa bintang ternama tanah air seperti adik beradik Uqasha, Idayu, Datin Nina Juren dan Michael Ang.
Keseluruhannya melibatkan 100 orang tetamu termasuk saudara dan sahabat handai terdekat.
Pasangan pengantin kelihatan berseri dalam persalinan yang disediakan oleh pereka fesyen, Shanell Harun dan Rizman Ruzaini.
Terdahulu, pasangan yang pernah menjadi bintang utama drama Setelah Terlafaznya Akad ini mengikat tali pertunangan pada bulan April lalu.
Nikahi Uqasha Senrose, Ini 10 Fakta Biodata Kamal Adli Yang Ramai Tak Tahu!
1. Namanya mula mencuri tumpuan selepas membintangi drama adiwira, Bio-Nik pada sekitar tahun 2009.
2. Drama yang 'menjodohkan' Kamal bersama Uqasha sebagai rakan gandingan ialah Setelah Terlafaznya Akad, Perempuan Tanpa Dosa, Perkahwinan Dari dan Boyfriend Aku Dari.
3. Beliau merupakan penggemar hidangan 'lemang bersama sardin' yang menjadi menu wajib setiap kali tibanya sambutan Hari Raya!
4. Hobi di waktu lapang beliau adalah menonton wayang, berkaraoke dan bermain futsal.
5. Pendedahan kepada filem-filem P Ramlee sejak zaman kecil oleh kedua ibu bapanya adalah punca mengapa Kamal menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang pelakon.
6. Memenangi pertandingan Hero Remaja 2008 dengan perbezaan markah tipis sebanyak 1 poin berbanding pesaingnya, Fizo Omar yang menduduki tangga kedua.
7. Beliau juga adalah kawan baik atau BFF kepada pelakon Fizo Omar. Fizo adalah antara kenalan terawalnya dalam industri hiburan, malah Kamal pernah terlibat sebagai salah seorang 'dulang boy' sewaktu majlis perkahwinan Fizo dan Mawar Karim pada tahun 2013.
8. Takut jarum.. bekas juara Hero Remaja ini resah gelisah apabila hendak disuntik jarum!
9. Membayangkan dirinya sebagai seorang pekerja di belakang tabir, jika tidak terlibat sebagai pelakon.
10. Penyokong kuat kelab bola sepak, Manchaster United.
Untuk biodata asas Kamal, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Kamal Adli
Baca: Kahwini Kamal Adli, Ini 10 Fakta Biodata Uqasha Senrose Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: Biodata Dan Latar Belakang Uqasha Senrose
Baca: Biodata Nelydia Senrose, Adik Beradik Uqasha Senrose
Baca: Biodata Raysha Rizrose, Adik Kandung Seibu Uqasha Senrose
Baca: Siapa Sangka! Ini 2 Foto Ayah Dan Ibu Uqasha Dan Nelydia Senrose
Kredit foto: Instagram Kamal Adli , Instagram Uqasha Senrose , Majalah Remaja
Kredit video: "BUKAN NAK RAHSIAKAN PERNIKAHAN, TAPI..." - UQASHA DAN KAMAL ADLI DAH BERKAHWIN! // RIA XPOSE
Sumber:
4. Kamal Adli Makan Lemang Dengan Sardin... Macam Mana Rasanya Tu?
5. Biodata Kamal Adli Hos Model Pelakon
6. “Tak Kisah Astra Ke, Astaghfirullah Je Sekarang Ni” - Nampak Macho, Rupanya Kaml Adli Takut Jarum