Oleh pada 28 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Jinggo

Suami pelakon Sheila Rusly iaitu pengarah Jinggo melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan seorang netizen yang mempersoalkan cara pekerja produksi syarikatnya menunaikan solat.

Jinggo beranggapan cara tulisan kenyataan yang dikeluarkan individu terbabit boleh mendatangkan fitnah walaupun tidak berniat menuduh Sheila tidak melakukan solat sewaktu berada di set penggambaran Ketuk-Ketuk Ramadan.

jinggo jawab dakwaan sheila rusli dan kru produksi tidak solat 2

Kredit foto: Instagram Jinggo

"Bertanya itu boleh, tapi kena tahu apa yang kita nak tanya sebelum kita bertanya orang, komen itu boleh tapi kita kena tahu macam mana nak menulis sebab usaha kira nak mengingatkan orang lain.

"Tapi komen kita pula menfitnah orang lain, niat nak buat pahala, dosa pula yang dapat," tulis Jinggo dalam kiriman di laman Instgaram.

Jinggo membuat kenyataan tersebut sebagai mengulas pertikaian seorang netizen terhadap cara isteri dan kru produksinya bersolat ketika bekerja di lokasi penggambaran.

Dalam pada itu, Jinggo berkata, persoalan yang dikemukakan individu berkenaan mampu memberi tanggapan negatif masyarakat terhadap syarikatnya.

Jinggo akui kerja-kerja dalam sebuah produksi sememangnya perlu mengejar masa, namun mereka juga tidak pernah lupa mencari masa sesuai bagi melaksanakan ibadah wajib itu.

jinggo jawab dakwaan sheila rusli dan kru produksi tidak solat 3

Kredit foto: Instagram Sheila Rusly

"Cara awak menulis sudah menghukum, kami kerja kejar masa dan solat wajib kami cari masa.

"Nampak tak sekarang apa jadi bila awak salah tulis orang lain salah baca. Nampak tak dosa tercipta bila kita silap mencari pahala?" soal pengarah itu kembali.

Hakikatnya, pihak JS Pictures iaitu syarikat milik Jinggo dan Sheila itu tidak pernah meremehkan solat kerana sanggup menghentikan tugasan penggambaran demi memberi laluan untuk menunaikan ibadah itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)