Oleh pada 04 May 2017 kategori

Kredit foto: Media Hiburan

Pelakon Ruhainies akui rakan selebritinya, Azrel Ismail hanyalah sebagai kawan rapat dan bukanlah kekasih seperti yang didakwa ramai.

Menurut Ruhainies, gosip percintaan tersebut mula timbul kerana mereka sering digandingkan dalam drama yang sama. 

ruhainies jawab gosip cinta dengan azrel ismail 2

Kredit foto: Oh Dunia

Saya dan Azrel adalah kawan sahaja, jika kami bercinta saya akan beritahu kepada semua tapi buat masa sekarang kami tidak ada apa-apa hubungan istemewa. Sukar bagi saya untuk menerimanya sebagai pasangan kekasih memandangkan Azrel hanya berada dalam friend zone atau kelompok teman rapat saya sahaja. Secara peribadi Azrel merupakan seorang sangat baik, jadi bagi saya dia layak untuk dapat wanita yang lebih baik. Buat masa sekarang biarlah saya fokus dahulu kepada kerjaya kerana saya masih baru lagi dalam industri.

Sumber: Astro Gempak 

Ruhainies membuat kenyataan tersebut ketika ditemui di majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat produk kecantikan dan kesihatan Cantik Dara Sdn Bhd bersama Spektra Selasih Sdn Bhd. 

Promosi filem Jibam terbitan Spektra Selasih akan mendapat tajaan daripada produk Cantik Dara yang diasaskan Nurrul Sayang Rahmat. Filem Jibam dijadualkan berada di pawagam bulan September hadapan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)