Kredit foto: Instagram Azwan Ali & Instagram Sheila Rusly
Sebelum ini, selebriti sensasi Azwan Ali menerusi laman sosialnya pernah menghentam drama terbitan syarikat Sheila Rusly berjudul Misteri Wan Peah pada tahun 2017.
Layangan kritikan itu sekaligus menerbitkan rasa kurang senang Sheila termasuk suaminya, Azman Yahya atau Jinggo yang juga sutradara drama terbabit.
Terkini, menurut Azwan sebagaimana dipetik laporan Mstar hari ini, beliau terkejut apabila secara tiba-tiba didatangi Sheila yang berada di hadapan matanya dalam sebuah pertemuan diatur di rumah pengacara Maria Tunku Sabri.
Azwan yang menghulurkan permohonan maaf seterusnya telah membuka ruang perdamaian antara mereka.
Berikut kenyataan penuhnya kepada portal berkenaan:
Kredit foto: Instagram Azwan Ali
"Alhamdulillah walaupun macam tak percaya tapi saya bersyukur dapat bertemu dengan Sheila dan memohon maaf kepadanya.
"Dia pun tak nampak fake, saya yakin dia sudah maafkan. Saya harap pihak lain berhenti melaga-lagakan kami.
"Sharifah Shahora dan Maria Tunku Sabri yang nak sangat saya berbaik dengan Sheila. Saya ingin berterima kasih kepada mereka berdua yang mengaturkan pertemuan tersebut.
"Pertemuan itu diadakan di rumah Maria di Taman Melawati baru-baru ini. Ketika itu, ada beberapa artis lain juga di sana.
"Shahora ada beritahu Sheila nak datang dan pada mulanya saya ingat dia bergurau, tapi tiba-tiba Sheila muncul di depan mata... saya memang terkejut dan tergamam.
"Kecaman yang saya lemparkan kepadanya agak teruk dan sebab itu saya mahu minta maaf kepada Sheila dan Jinggo".
Terdahulu, menerusi sebuah posting laman sosial, Azwan mengecam tindakan penerbit terbabit yang dikatakannya telah menghasilkan produk drama umpama sampah sarap.
Sumber berita: Mstar