Kredit foto: Instagram Arif Aiman Hanapi JDT
Arif Aiman Mohd Hanapi ialah pemain bola sepak dari Malaysia yang kini bermain dengan kelab Johor Darul Takzim FC.
Pada 14 Mac 2020, beliau yang memegang peranan sebagai pemain midfielder membuat penampilan sulung dalam skuad senior menentang Felda United pada perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020.
Biodata
- Nama sebenarnya, Arif Aiman Mohd Hanapi.
- Menggunakan nama komersial, Arif Aiman.
- Kelahiran negeri Pahang pada 4 Mei 2002.
- Berumur 18 tahun (2020).
- Laman sosial Instagram miliknya atas nama @ariifaiman setakat ini merekodkan lebih 10,000 pengikut.
Perjalanan karier
Bakatnya dicungkil sewaktu penyertaan dalam program Mykids 2011/12 sebelum menganggotai skuad yang menjulang kemenangan pada IberCup Costa Del Sol 2015.
Asalnya mengasah bakat di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), dia akhirnya berhijrah ke Akademi Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) pada penghujung 2018 bagi tujuan pengembangan karier dalam mendapatkan lebih banyak peluang beraksi di atas padang.
Terbukti laluan yang dipilih itu tepat apabila aksinya mempamerkan prestasi cemerlang dalam saingan Piala Belia dan Presiden, mencuri perhatian jurulatih skuad Malaysia B18, Bojan Hodak pada awal 2019.
Pada 14 Mac 2020, beliau membuat debut dalam skuad senior menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim, mewakili JDT untuk perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020.
Baca: 8 Fakta Arif Aiman Hanapi, Pemain Bola Sepak JDT Yang Ramai Tak Tahu!
Foto
Kredit foto: Instagram Arif Aiman Hanapi JDT & Instagram Johor Darul Ta’zim FC
Video
Kredit video: Debut ARIF AIMAN Liga Super Vs Felda United
Sumber:
1. Twitter Youth Football Malaysia
2. Soccerway - Arif Aiman Hanapi
3. Facebook Johor Southern Tigers