Kredit foto: Instagram Sheila Rusly & Instagram Janna Nick

Pelakon Janna Nick menerima jangkitan kuman pada paru-paru.

Aktres itu kini ditempatkan di hospital selama beberapa hari.

Berita sedih tersebut turut dikongsi penerbit Sheila Rusly dalam sebuah kiriman di laman Instagram.

"Semoga cepat sembuh dan saya doakan agar Janna dapat pulih sepenuhnya," tulis Sheila.

Kapsyen itu disertai foto Janna yang kelihatan lemah terlantar di katil wad.

janna nick alami jangkitan paru paru 2

Kredit foto: Instagram Sheila Rusly

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengakui terkejut dan mendoakan agar Janna dapat kembali pulih seperti sediakala.

@ainsuji: Semoga cepat sihat sis @jannanick! Rehat cukup-cukup ok. Terus kuat.

@mzdieyaa_1509: Semoga cepat sembuh Jannah, dan selepas ini dapat mempunyai rehat yang cukup dan jangan sibuk kerja sahaja.

@nadiah_chik288: Semoga @jannanick cepat sembuh dan sentiasa diberikan kesihatan yang sihat walafiat selalu. Amin.

@Cian ny: Semoga @jannanick Cepat Sembuh. Sakit itu penghapus segala dosa. Diharapkan semuanya dalam keadaan selamat.

Manakala sebuah portal hiburan melaporkan Janna menerima jangkitan paru-paru iaitu Mycoplasma Pneumoniae.

Dia akan terus dirawat di wad sehingga doktor memberi kebenaran untuk pulang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)