Kredit foto: Instagram Janna Nick

Serangan migrain tidak menghalang aktres Janna Nick untuk kekal bersemangat menghadapi kelayakan menjelang perlumbaan Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang akan berlangsung di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, hari ini.

Menurut Janna, minat mendalam terhadap sukan perlumbaan kereta membuatkannya enggan melepaskan saingan kelayakan itu bagi mencari petak berlepas menghadapi perlumbaan.

janna nick tiba tiba loya dan mahu muntah 2

Kredit foto: Instagram Janna Nick

"Saya tetap meneruskan saingan walaupun tiba-tiba diserang migrain petang tadi. Kepala saya pening dan tekak mula rasa loya.

“Disebabkan minat mendalam dan keseronokan berlumba bersama lapan lagi rakan artis lain membuatkan saya tidak mahu melepaskan peluang itu”, €katanya menerusi laporan Harian Metro, semalam.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner mengakhiri saingan kelayakan itu sebagai pelumba keenam terpantas.

Dalam pada itu, hos Melodi ini akui rakan selebriti lain memberikan saingan yang sengit dalam mengejar kedudukan perlawanan terbabit.

janna nick tiba tiba loya dan mahu muntah 3

Kredit foto: Instagram Janna Nick

“Trek kali ini sangat mencabar. Saya cuba memberikan prestasi terbaik untuk mencatat masa terpantas namun selebriti lain memberikan saingan sengit sesi itu," katanya.

Menyentuh tanggungjawabnya untuk aksi perlawanan susulan pada hari ini, nyata Janna mempunyai sasaran tersendiri.

“Saya berharap mampu mencatat masa terpantas menyaingi pelumba lain pada perlumbaan esok dan mahu menjejak podium,” katanya.

Rakan selebriti lain yang terlibat dalam Toyota Gazoo Racing termasuk Datin Diana Danielle, Fattah Amin dan Shukri Yahaya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)