Oleh pada 28 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Janna Nick & Instagram Fattah Amin

Aktres Janna Nick, mengakui wujud perselisihan faham antara dirinya dan Fattah Amin sewaktu menjayakan penggambaran drama adaptasi, Coffee Prince, arahan Michael Ang.

Begitupun, kemelut yang berlaku telahpun diselesaikan secara baik.

Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah binti Muner, 22, juga berharap pihak yang tidak berada di tempat kejadian tidak menokok tambah cerita semata-mata untuk menghangatkan keadaan.

selisih faham dengan fattah di lokasi penggambaran akhirnya janna nick bersuara 2

Kredit foto: Instagram Janna Nick

"Biasalah, apabila kita sudah bekerja hingga ke lewat pagi, badan pun sudah penat, jadi timbul sedikit salah faham antara saya dengan Fattah. Namun kami sudah berbincang secara baik untuk menyelesaikan kekeliruan itu.

"Saya berharap mereka di luar sana yang tidak berada di tempat kejadian usah merumitkan lagi keadaan kerana kami berdua duduk membincangkan perkara ini secara matang.

"Lagipun, masih banyak kerja yang perlu kami lakukan bersama. Saya sendiri tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini," katanya menerusi laporan BH Online.

Janna membuat kenyataan di acara TGR Racing Festival yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, semalam.

Beliau mengulas isu salah faham antara mereka di lokasi drama yang menjadi tajuk sensasi di beberapa portal hiburan.

Janna dan Fattah bergandingan dalam drama rantaian Coffee Prince yang sudah mula menemui penonton di saluran Astro Ria, sejak semalam.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)