Kredit foto: Instagram Ezlynn
Penyanyi Ezlynn berasa teruja apabila suaminya, Adam Fahmy akhirnya memberikan persetujuan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah.
Luahan tersebut dikongsikan penyanyi itu menerusi akaun Instagramnya.
Menerusi kiriman tersebut, dia melahirkan perasaan gembira kerana dakwanya, kebenaran telah didedahkan kepada umum.
Kredit foto: Instagram Ezlynn
Gembiranya, sudah selesai. Sesungguhnya ini adalah hari yang baik. Alhamdulilah, akhirnya semua orang tahu kebenarannya sekarang.
Mahkamah mengumumkan 21 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu pada Januari lalu, Ezlynn memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Ezlynn dan Adam berkahwin pada 20 November 2011 dan sepanjang tempoh perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.