Kredit foto: suria.my
Penyanyi Siti Sarah dalam kenyataan terbarunya menceritakan detik-detik yang menduga kesabarannya sebagai isteri kepada pelawak Shuib.
Menurut Sarah, suaminya pernah didekati peminat wanita dan peminat tersebut tanpa segan silu cuba bermesra dengan Shuib walaupun ketika itu beliau berada berhadapan dengan mereka.
Namun dia cuba berfikiran tenang dan menganggap situasi tersebut hanyalah sebagai gurauan daripada seorang peminat.
Kredit foto: Instagram Siti Sarah
Bayangkan suami saya digoda di hadapan mata, walaupun peminat tersebut tahu saya di situ. Yang peliknya sudah tahu Shuib berstatus suami, masih menaruh harapan untuk mencuba dan situasi tersebut benar-benar menguji kesabaran saya. Shuib juga ada menunjukkan kepada saya mesej nakal yang dihantar peminat. Namun, saya tidak mengambil serius perkara tersebut kerana saya percaya dengan kesetiaan Shuib dan dia tahu tanggungjawabnya sebagai suami.
Sumber: Astro Gempak
Sarah membuat kenyataan tersebut di majlis berbuka puasa anjuran Indigital Music yang berlangsung di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Bagaimanapun, penyanyi tersebut mengakui dirinya adalah seorang yang sangat positif dalam soal jodoh dan tidak mudah terganggu dengan perkara-perkara remeh sedemikian.
Kredit foto: Instagram Siti Sarah
Saya tak adalah sampai tahap nak pergi menyerang peminat kerana saya percaya pada jodoh dan kalau jodoh itu memang milik kita, Insya-Allah tiada apa yang akan berlaku.
Sumber: Astro Gempak