Oleh pada 10 Jun 2017 kategori

Kredit foto: utaranews.com

Selepas sekian lama berteka-teki, akhirnya penyanyi Ezlynn tampil menjawab persoalan ramai berhubung isu keretakan rumah tangganya.

Menurut Ezlynn dalam kenyataan terbarunya, masalah perkahwinan beliau sebenarnya telahpun berlaku sejak tiga tahun yang lalu.

Bagaimanapun atas saranan mahkamah syariah, dia dan suami cuba memperbaiki hubungan tersebut.

Pun begitu, akhirnya Ezlynn terpaksa mengalah kerana mengakui tiada lagi persefahaman antara mereka,

Ini kenyataan penuh Ezlynn:

ezlynn akhirnya buka mulut isu keretakan rumah tangga 2

Kredit foto: Instagram Ezlynn

Kemelut rumah tangga kami bermula sejak tiga tahun lalu dan akhirnya saya terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah selepas tidak nampak jalan penyelesaian. Kini kami mengikut saranan pihak mahkamah menjalani sesi kaunseling. Saya mengunci mulut kerana menganggap ia kisah peribadi bersama suami yang tidak harus diceritakan kepada umum. Masih panjang sebenarnya proses ini untuk dibicarakan di mahkamah. Sejujurnya memang tiada komunikasi antara kami tetapi itu tidak bermakna kami bermasam muka. Lebih baik begini.

Sumber: BH Online

Ezlynn menfailkan permohonan cerai pada Januari tahun ini. Beliau dan suami mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011, bagaimanapun masih tidak dikurniakan anak sepanjang tempoh perkahwinan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)