Kredit foto: Beautifulnara
Kebelakangan ini timbul ura-ura mengatakan pasangan Isma (AF7) dan suaminya, komposer Zul 2by2 sedang berhadapan kemelut perkahwinan selepas berkongsi status meragukan di laman Instagram.
Begitupun, sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak.
Isma pada dua hari lalu, berkongsi kapsyen berbunyi:
“Apabila hati aku sudah tawar dan mula tidak kisah, kau boleh lakukan segala apa yang kau mahukan. Aku sudah tidak akan terkesan dan kisah.”
Ia disusuli sebuah kiriman motivasi diri.
Manakala, Zul menerusi akaun Instagramnya pula memuat naik kapsyen "Depresi itu umpama peperangan. Sama ada anda menang atau kalah mencuba. Sudah sampai masa. Terima kasih" pada awal November tahun lalu.
Dalam pada itu, portal Sinar Harian melaporkan Isma yang juga kakak kepada penyanyi Tomok masih belum bersedia mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Jika mahukan lebih kepastian, tanyalah Zul sendiri,” respon Isma kepada portal berkenaan.
Pasangan ini berkahwin pada 16 April 1998 dan sehingga kini telah dikurniakan lima orang anak.
Sumber berita: Sinar Harian