Kredit foto: mynewshub.cc
Kini sedang hangat diperkatakan isu warga singapura yang juga merupakan pengacara terkenal, Najip Ali serta beberapa lagi individu yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sebuah program hiburan yang menjadi tular di aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu.
Menurut Helme Hanafi selaku Timbalan Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar), beliau memberi cadangan supaya Najib melakukan tiga perkara bagi mencari jalan penyelasaian yang sewajarnya.
Saya cadangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui jabatan berkaitan menghalang Najip Ali dan kawan-kawannya masuk ke Malaysia buat selama-selamanya.
Kedua, hubungi Pesuruhjaya Tinggi Singapura serta mendesak republik tersebut mendakwa Najip Ali dan rakan-rakannya kerana menghina pemimpin negara jiran dalam siaran Televisyen (TV) negara itu.
Yang terakhir, mendesak Najip Ali menggantung diri sebagai tanda penyesalan yang teramat kerana perbuatannya mengeruhkan hubungan rakyat dan pemimpin dua negara.
Tambah beliau lagi, penghinaan sebegitu tidak sepatutnya dilakukan kepada mana-mana pemimpin negara tambahan pula ianya disiarkan menerusi siaran televisyen negara lain.
Sama ada Datuk Seri Najib Razak atau sesiapa juga, hinaan terhadap PM Malaysia tidak boleh diterima sama sekali terutama dengan orang asing yang ‘cari makan’ dalam negara ini.
Sumber: Sinar Harian