Kredit foto: wanista.com 

Pengacara Azwan Ali dalam temubual terkininya terbuka hati untuk membuka mulut serba sedikit perihal kontroversi yang melanda beliau angkara tidak hadir melawat Mak Tom.

Menurut Azwan, hanya dia sahaja yang tahu cerita sebenar di sebalik tindakan tersebut.

Namun Azwan berharap agar netizen tetap mengamalkan tradisi memohon maaf tanpa menunggu tibanya raya.

Saya ada sebab tersendiri kenapa tidak hadir. Bukan sahaja ketika meninggal dunia, tetapi hampir dua tahun tidak bersua dengan ibu saya. Saya sedar ada yang mengkritik tindakan saya, tapi cerita saya dan ibu hanya ALLAH SWT yang tahu. Biarlah kesedihan ini saya bawa hingga hujung nyawa saya. Apa yang penting, saya harap semua keluarga di luar sana saling bermaaf-maafan tidak kira orang tua ataupun muda. Jangan hanya tunggu raya sahaja, setiap masa kena memaafkan.

Sumber: Sinar Harian

Mengulas mengenai ibadah umrah yang ditunaikannya setiap kali menjelangnya Syawal, Azwan mengatakan ia adalah kepetingan besar buatnya kerana menganggap hubungan beliau dengan Tuhan adalah lebih penting memandangkan dirinya kini umpama sebatang kara.

Saya selesa memilih jalan hidup begini. Saya sebatang kara, tidak ada keluarga. Jadi, setiap kali Syawal, saya akan bermunajat kepada ALLAH SWT. Tenang rasanya apabila berada di hadapan Kaabah sambil mulut terus berzikir mengingatiNya. Itulah kepuasan sebenar yang saya rasakan. Saya tak fikir pasal rayapun saat berada di Tanah Suci. Apa yang fikirkan, apakah akan ada lagi saya di sini (Makkah) pada tahun-tahun mendatang? Adakah ALLAH SWT akan terus menjemput saya sebagai tetamuNya pada masa akan datang? Hanya itu yang saya fikirkan.

Sumber: Sinar Harian

Dalam pada itu, Azwan tidak ketinggalan untuk memohon maaf kepada sesiapa yang pernah terkesan dengan kata-katanya. Malah dia juga terbuka hati untuk memaafkan rakan-rakan serta bertekad melupakan kisah lalu.

Saya mohon maaf kepada semua, jika selama ini terasa hati dengan apa yang saya katakan. Sebagai manusia, sudah pasti tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Saya juga sudah memaafkan semua orang di sekeliling saya. Saya anggap apa yang berlaku itu biarlah berlalu.

Sumber: Sinar Harian 




Hakcipta iluminasi.com (2017)