Oleh pada 30 Sep 2024 kategori

Setiap kali keluar berita berkenaan pelajar genius yang jauh mendahului rakan sebaya lain dalam pendidikan, rakyat Malaysia pasti menampakkan minat tinggi untuk mengikuti kisahnya.

Negara kita sudah menyaksikan ramai pelajar yang layak dikatakan terlebih pintar bersilih ganti, membesar dalam keadaan dijadikan tumpuan orang ramai. Tidak mahu kami sebutkan nama-nama yang pernah disebut-sebut, anda cari sendirilah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun realitinya ada bermacam isu harus kita teliti dalam membenarkan individu yang terlampau bijak ini melangkaui tahap-tahap tumbesaran penting dalam hidupnya. Kita mungkin tumpang gembira tetapi apa risikonya?

1. Bukan semua orang mampu hidup dalam 'spotlight'

macaulay culkin aktor muda

Ramai orang nak jadi terkenal, apatah lagi dalam zaman sekarang di mana populariti telah menjadi sesuatu yang didambakan banyak pihak khususnya dalam media sosial.

Tetapi realitinya bukan semua orang mampu menanggung perasaan yang timbul, sekiranya fokus diarahkan kepada kita. Menjadi popular dan dikenali ramai nampak best, namun akan wujud bermacam jenis tekanan psikologi yang hanya akan dirasai mereka yang pernah merasainya.

Menjadi tumpuan tidak seindah apa yang kita sangka. Bila seluruh negara mengalihkan perhatian kepada pelajar genius, tahu apa gerak kerja dia seterusnya serta mula menjadi buah mulut pihak awam, nak tak nak tekanan ke atas bahu mereka ini yang biasanya masih muda...akan mula dirasa.

2. Penerimaan rakan sekolej pasti berbeza

young sheldon contoh pelajar genius

Mereka yang pernah merasai pengalaman belajar di universiti pasti sedar bagaimana sistem sosial bergelar seorang mahasiswa atau siswi ini, sangat memerlukan penglibatan rakan-rakan lebih kurang sebaya kita.

Semua yang akan kita lakukan, baik daripada kerja, projek, laporan, makan, minum, menyewa rumah dan sebagainya akan kita lakukan dengan mereka. Yang penting, semua pengalaman ini sebenarnya sangat berharga dalam mendidik kita.

Menghantar pelajar muda ke universiti, akan membuatkan dia gagal merasai pengalaman-pengalaman hidup ini sebagai seorang yang biasa. Dia juga tidak dapat menjalani hubungan sosial dengan rakan sebaya kerana pelajar lain jauh lebih tua berbanding dia.

3. Tekanan ke atas diri sendiri untuk berjaya

protege muda

Ramai ibu bapa zaman sekarang bimbang tekanan yang dihadapi anak-anak mereka untuk belajar; memilih untuk menyalahkan silibus pelajaran yang didakwa terlalu berat serta tidak sesuai untuk anak-anak mereka.

Jika anda itu berat, beban tekanan yang ditanggung seorang 'genius' untuk berjaya dalam pelajarannya di peringkat universiti jauh berkali ganda lebih hebat. Apabila seseorang sudah didefinisikan sebagai genius, kita sudah meletakkan satu jangkaan yang tinggi kepada dia untuk berjaya...walaupun kita tak kenal dia.

Dan kita bukan saja mahu dia berjaya, bahkan kita mahu dia berjaya belajar ke peringkat selanjutnya sehingga bergelar doktor falsafah pada usia muda. Kalau dengan anak anda anda rasa tekanan pelajaran dan peperiksaan sudah tinggi, kenapa pula kita rasa meletakkan harapan besar ke atas pelajar genius tak mengapa?

Cuba anda perjelaskan kepada penulis. Ingat, individu istimewa seperti itu terlalu muda usianya. Kita perlu faham, kalau dia gagal, kalau dia tangguh pengajian pun tak apa.

4. Tekanan yang dia cipta ke atas rakan sekelas

pelajar genius masuk universiti awal

Selain menekan diri sendiri, kewujudan pelajar genius yang muda dalam peringkat universiti juga sedikit-sebanyak akan memulakan tekanan ke atas pelajar sekelasnya yang sudah lebih berusia.

Mereka akan secara tidak rasmi dinilai atau menilai pencapaian mereka berdasarkan kepada pencapaian yang dapat dicapai oleh pelajar genius tersebut. Perkara ini tidak dapat kita elakkan berlaku, sama ada dilakukan oleh pensyarah atau oleh diri sendiri.

Apa perasaan anda sekiranya anda menerima gred lebih rendah berbanding seorang kanak-kanak, dalam peperiksaan yang sama? Rasa nak celup muka dalam minyak panas aje rasanya walaupun kita tahu kita hanyalah '1/10 genius.'

6. Apa jangkaan kita terhadap dia?

siti sifir pendidikan matematik malaysia

Seperti yang sudah penulis sebutkan di atas, muncul pelajar muda yang genius di Malaysia. kita semua tumpang gembira. Tak salah. Seperti yang penulis sebutkan juga, dalam masa yang sama kegembiraan kita itu akan menjadi tekanan kepada dia.

Sebelum kita teruja dengan individu-individu hebat sebegini, kita perlu tanya diri kita dulu; apa jangkaan kita terhadap dia? Kita nak dia berjaya, itu asasnya.

Sebenarnya yang paling baik adalah kita tak perlu letak apa-apa jangkaan terhadap dia. Kita perlu ingat, dia masih muda. Biarlah dia mengalami jatuh bangun turun naik kehidupan dirinya sendiri dengan bantuan ibu bapa dia tanpa perlu ada kecaman atau kritikan daripada pihak kita.

Lagipun dalam kegembiraan kita ini, cuba kita letak diri kita dan mungkin anak kita (kalau ada) dalam kasut mereka. Anda punya anak genius yang layak masuk universiti awal berbanding orang lain; apa yang anda harapkan daripada anak anda? Adakah apa yang kita sebagai ibu bapa harapkan selari dengan harapan menggunung yang masyarakat letak pada bahu dia?




Hakcipta iluminasi.com (2017)