Kredit foto: a-list.sg

Baru-baru ini, sebuah klip video yang memaparkan sedutan daripada rancangan OK Chope menjadi bualan hangat netizen. Rancangan hiburan tersebut adalah daripada siaran stesen Mediacorp 5 milik Temasek Holdings di Singapura. 

Difahamkan, apa yang menyentuh sensitiviti ramai adalah apabila dalam sebuah segmen, peserta rancangan tersebut diminta untuk melengkapkan tajuk berita berkaitan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams… for treating Malaysia progress”. Perkataan asal yang tertinggal adalah 'fake news'. 

Beberapa peserta dikatakan memberikan jawapan yang didakwa mempersendakan Najib Razak. 

Bagaimanapun setelah menerima kecaman dan dituntut untuk memohon maaf, Najip Ali dalam kenyataannya pada awal pagi Rabu lalu mengakui kesalahan yang dilakukan. 

Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan (tidak) berhati perut. Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya. 

Sumber: Mstar

Dalam kenyataan lain, Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan Mediacorp, Debra Soon memberitahu episod rancangan tersebut tidak akan diulang tayang pada masa hadapan. 

Oleh itu kami telah menarik balik siaran ulangan episod berkenaan berkuat kuasa serta-merta. Kami memohon maaf berikutan kesilapan ini.

Sumber: Mstar

Sejak Selasa lalu, isu tersebut bukan sahaja mendapat kecaman daripada netizen, malah mendapat perhatian serius daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). 




Hakcipta iluminasi.com (2017)