Kredit foto: Instagram Diana Danielle
Tahniah diucapkan kepada aktres Diana Danielle kerana telah menerima sijil perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini.
Berita gembita tersebut dikongsikan di laman Instagramnya.
Menurut Diana, dia berasa teruja kerana berjaya menamatkan pengajian untuk kelas perlumbaan itu yang mana latihannya telah berlangsung sejak tiga bulan lalu.
Kredit foto: Instagram Diana Danielle
Meraikan hari graduasi pengajian saya di sekolah perlumbaan, disaksikan oleh kesayangan si anak kecil dan kesayangan si dewasa (suami) saya.
Kredit foto: Instagram Diana Danielle
Hari ini adalah hari graduasi kami kumpulan pelumba. Akhirnya selepas hampir tiga bulan latihan, kami telah sampai di penghujungnya. Lepas ni nak cari ilmu dan kemahiran kenalah pandai cari sendiri. Terima kasih kepada jurulatih Shah, wakil duta Toyota dan semua yang merealisasikan ini di Litar Sepang F1. Dan terima kasih kepada buah hati saya iaitu Vios merah yang seksi ini kerana begitu lancar dan memuaskan sekali. Ayuh lakukan ini kesayanganku V!
Diana dengan bangganya turut memuat naik foto dirinya dalam sepersalinan baju litar lumba sambil menayangkan sijil yang diterima.
Tidak ketinggalan, suaminya Farid Kamil dan anaknya Muhammad turut hadir memberikan sokongan.
Dedah Diana lagi, dia akan menyertai sebuah perlumbaan kereta yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada bulan depan.
Kredit foto: Instagram Diana Danielle
Hanya tinggal sebulan saja lagi untuk perlumbaan Vios Challenge saya di Batu Kawan, Pulau Pinang. Toyota Gazoo Racing Festival akan diadakan pada 11-13 August. Berdebar nak tunggu, boleh ke D menang? (Ececece...)
Berikut kami sertakan foto-foto menarik di Hari Graduasi Diana.
Kredit foto: Instagram Diana Danielle