Kredit foto: Instagram Lan Solo

Sehari selepas kelahiran, isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim memuat naik foto anak keempatnya itu menerusi kiriman Instagram.

Menerusi kapsyen, Sheila, 33, berkongsi perkembangan terkini selain mengucapkan penghargaan kepada para peminat yang mendoakan kesejahteraan mereka.

"Assalamualaikum. Saya dah nak discaj hari ini. Papa cakap nama penuh saya lepas daftar baru ayah kongsi sebab mama belum tentukan lagi ejaan nama belakang saya.

"Apa pun, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya daripada dalam perut mama sampailah saya wujud hari ini.

"Walaupun saya keluar dua minggu awal, saya harap semua dapat terus mendoakan kesihatan saya tau. Adakah saya comel???" tulis Sheila.

isteri lan solo dedah wajah anak 2

Kredit foto: Instagram Sheila

Bayi berkenaan disahkan mengalami cleft lip atau sumbing yang mana diketahui Lan dan Sheila ketika minggu ke-32 kandungan.

Sebagaimana kenyataan dikeluarkan sebelum ini, pasangan ini akui menerima kurniaan bayi istimewa itu dengan hati terbuka dan positif.

Difahamkan, nama penuh bayi yang menggunakan Nur Amna sebagai nama sementara ini, belum lagi ditentukan.

Kiriman Instagram Sheila terdahulu memaklumkan Amna dilahirkan pada 24 Februari, jam 4.10 pagi di sebuah hospital swasta.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah semuanya lancar. SABTU, 24 FEBRUARI 2018, 4.10 PAGI, 2.5 KG .

“Syukur dan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan KY dan puteri kami.

“Doakan NUR AMNA Q______ * membesar dengan sihat ya. Amin,” tulis Sheila.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)