Kredit foto: Instagram Sheila Razlan

Isteri bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Lan Solo iaitu Sheila Hassim mengakui berhadapan pelbagai dugaan sewaktu suaminya berada dalam keadaan kurang sihat.

Pendedahan itu dibuat menerusi laman Instagram bersama beberapa seleksi foto.

Antara momen yang dikongsikan dalam gambar-gambar berkenaan termasuk keadaan Lan sewaktu terlantar di katil hospital dan berkerusi roda ketika menjayakan sesi raptai konsert GV4.

sebak isteri dedah keadaan lan sebelum konsert gv4 2

Kredit foto: Instagram Sheila Razlan

"Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang membantu pergerakan sepanjang konsert juga sebelum konsert. Hanya Allah sahaja yang dapat balas jasa kalian.

“Saya yakin kamu semua nampak semangat Lan yang kuat untuk terus bertanding, sampai ‘fitting’ baju pun dekat hospital.

“Pengalaman baru untuk saya. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan rezeki masih menyebelahi anak-anak kami.

“Doakan Lan sembuh sepenuhnya sebelum separuh akhir ya. Amin,” tulisnya di kapsyen.

Dalam pada itu, para peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan kata-kata semangat dan mendoakan agar kesihatan Lan pulih seperti sediakala.

Pada konsert keenam GV4 Ahad lalu, Lan yang mempertaruhkan lagu ‘Pahit Akan Manis Akhirnya’ berada di kedudukan kedua terbawah dengan kutipan markah sebanyak 60.6%.

Konsert GV4 ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)