Isteri kepada bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Lan Solo iaitu Sheila, mendedahkan bayi dalam kandungannya berkemungkinan sumbing bibir.

Pun begitu, Sheila dalam kenyataan di laman Instagram itu berkata, bayi mereka yang berusia 30 minggu berada dalam keadaan sihat.

Dalam masa sama, Sheila memohon para pengikutnya yang mempunyai pengalaman anak sumbing untuk tampil memberikan pendedahan.

Sheila berkata, dia memerlukan lebih info tentang hal itu kerana mereka tidak mempunyai pengalaman mengenai sumbing.

Dalam pada itu, Sheila menegaskan dia akan memberikan yang terbaik kepada bayinya yang dijadualkan lahir dalam tempoh dua bulan lagi.

Terdahulu, Sheila dikejarkan ke hospital selepas ketubannya bocor dipercayai kerana terlalu banyak pergerakan dan kuat bekerja.

bayi lan solo mungkin sumbing bibir 2

Kredit foto: Instagram Sheila Razlan




Hakcipta iluminasi.com (2017)