Melihat kembali kepada rakaman video insiden tembakan masjid di New Zealand, ia sudah tentu mempunyai nilai estetika permainan video.

Tetapi, ia kemudiannya bertukar ngeri kerana apa yang difilemkan bukanlah satu karya fiksyen.

Video tersebut menunjukkan penyerang yang melepaskan tembakan pada para jamaah di masjid, seolah-olah mereka adalah sasaran dalam permainan video.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lebih dahsyat video itu dihasilkan secara langsung dalam talian.  Sebenarnya, keseluruhan serangan itu seolah-olah dirancang untuk era media sosial.

Sebelum ia berlaku, satu muat naik tanpa nama di papan mesej 8chan (forum yang sangat tidak bertanggungjawab yang sering menyiarkan muat naik perkauman dan ekstremis), seolah-olah membuat pratonton serangan seram ini.

8chan

Ia memaparkan pautan ke manifesto 87 muka surat yang dipenuhi dengan idea anti-imigran dan anti-Islam, dan menyambungkan pengguna ke halaman Facebook yang menjadi hos kepada video live-stream tersebut.

Satu pos di Twitter juga kelihatan mempertontonkan serangan tersebut.

Facebook akhirnya menurunkan halaman itu dan Twitter memadamkan profil pelaku, tapi sudah terlambat kerana video tersebut tersebar di seluruh media sosial seperti api yang marak. 

Serangan tersebut berlaku di Christchurch, New Zealand, yang masih bergelut untuk pulih setelah gempa bumi yang menghancurkan ribuan bangunan dan membunuh hampir 200 orang pada tahun 2011.

Penduduk bandar ini sangat terkesan selepas peristiwa itu. Penghijrahan ke New Zealand berlaku sebahagian besarnya terdiri daripada para pendatang, yang mana ramai diupah untuk membina semula kota ini.

jacinda ardern perdana menteri new zealand

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, berkata selepas penembakan bahawa "banyak daripada mereka yang akan terjejas secara langsung" adalah dari golongan pendatang atau pelarian.

Tetapi serangan ini memberi makna jauh lebih besar daripada apa yang berlaku di Christchurch sahaja.

Ia adalah mengenai peningkatan ketuanan kulit putih (white supremacist) dalam talian dan kuasa media sosial dalam menyebarkan mesej itu jahat ini.

Kebencian yang didorong oleh internet

Sekali pandang, "manifesto" penembak seolah-olah mengingatkan semula pembunuh nasionalis kulit putih seperti Anders Breivik, seorang pengganas sayap kanan yang melakukan serangan di Norway pada tahun 2011. 

Tetapi dokumen ini sangat pelik yang penuh dengan bahasa sarkastik, terpesong daripada persoalan yang relevan dan kiasan kepada budaya "meme" online, yang menunjukkan evolusi kebencian nasionalis yang didorong oleh internet.

serangan pengganas brenton tarrant

Dalam artikel yang dikongsi dengan meluas di laman web Bellingcat, wartawan Robert Evans menyatakan bahawa dokumen itu mengandungi banyak titik rujukan ketuanan kulit putih yang mewakili pandangan pelaku, Brenton Tarrant.

"Terdapat kebenaran dalam manifesto ini dan petunjuk berharga terhadap radikalisasi penembak, tetapi ia tersembunyi di sebalik "shitposting"," kata Robert Evans. 

Dengan kata lain, semuanya ini boleh digambarkan sebagai salah satu latihan dalam satu jenis "trolling" yang boleh membunuh.

Ambil contoh lain. Sebelum serangan berlaku, Brenton Tarrant dengan sengaja menyeru penonton dalam taliannya untuk melanggan saluran YouTube PewDiePie, yang mempunyai 89 juta pengikut iaitu paling banyak di dunia.

PewDiePie, seorang Youtuber permainan video Sweden, telah lama mempromosikan tema "alt-right" dan mencetuskan kritikan kerana menyanjung saluran Youtube anti-Semitik.

pewdiepie 332

Rujukan oleh Brenton terhadap PewDiePie mempunyai kesan berganda, kata penulis Elizabeth Lopatto untuk The Verge.

Dengan ini, PewDiePie atau nama sebenarnya Felix Kjellberg, tidak mempunyai pilihan melainkan menidakkan keterlibatan dalam serangan tersebut.

"Saya baru sahaja mendengar berita mengejutkan dari New Zealand, saya merasa benar-benar jijik kerana nama saya diucapkan oleh orang ini. Saya sangat bersimpati terhadap mangsa, keluarga dan semua orang yang terjejas oleh tragedi ini," kata Felix di laman Twitternya dengan 17 juta pengikut.

Tetapi dalam menyangkal kritikan yang bakal berlaku terhadap dirinya kerana disalahtafsir menjadi inspirasi kepada tembakan ini, Felix terpaksa menarik perhatian orang ramai, kata Elizabeth Lopatto.

Dan jika terdapat sesiapa daripada 17 juta pengikut Twitternya yang tidak tahu tentang kes tembakan ini, mereka akan menyedarinya selepas dia memuat naik pos tersebut.

white supremacy

Lee Jarvis, penyunting bersama jurnal Kajian Kritikal mengenai Keganasan, mengatakan bahawa internet telah menyediakan ruang kepada mereka yang mempunyai kepercayaan minoriti untuk berhubung dengan spesis yang sama untuk menormalisasikan pandangan mereka terhadap dunia. 

"Terdapat kebimbangan bahawa jika anda mempunyai sebilangan kecil orang yang mempunyai idea yang sama, idea-idea tersebut terasa lebih nyata dan sah, serta lebih meluas daripada yang sebenarnya," kata Lee Jarvis.

Hakikat bahawa dokumen itu dicampur dengan jenaka internet, rujukan dan memes telah menekankan bahawa banyak supremacists kulit putih menjadi radikal dengan bersosial di antara satu sama lain dalam talian.

Manifesto tersebut juga secara sarkastik memberikan kredit kepada permainan video seperti Spyro the Dragon dan Fortnite, dengan mencetuskan ekstremisme penyerang dan seolah-olah melemahkan persepsi popular bahawa hanya budaya permainan yang ganas mempunyai kesan radikal.

fornite

"Saya ragu-ragu dengan tanggapan bahawa permainan video memainkan peranan secara langsung dalam serangan keganasan. Tetapi budaya populis yang digunakan oleh seseorang membentuk bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian mereka." kata Lee Jarvis

Budaya dan kesan permainan video sudah tentu terlibat dan mempengaruhi serangan keganasan ini, dengan senapang yang kelihatan dalam rakaman tersebut mengingatkan kita dengan jelas tentang permainan video "first-person" seperti Counter Strike dan PUBG.

Media sosial dijadikan alat oleh pengganas?

media sosial 544

Media sosial semakin menjadi pilihan oleh pengganas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada tahun 2013, militan Al-Shabaab tweet secara langsung tentang serangan pusat membeli-belah Westgate di Nairobi, Kenya.

Dengan memuat naik kemas kini ketika mana militan itu melepaskan tembakan kepada pengunjung, mereka mengambil alih fungsi media sebagai pencerita.  

Pada Januari 2015, seorang pengganas yang menembak 4 orang di sebuah pasar di bahagian timur Paris merakamkan serangan tersebut menggunakan kamera GoPro, menurut seorang pegawai risikan AS.

Dia cuba menghantar e-mel video itu sebelum dia dibunuh oleh polis.

"Serangan pengganas adalah keganasan politik, jadi pengganas selalu perlu mencari publisiti untuk mempengaruhi perubahan politik. Mereka mahukan penonton, jadi mereka cari di mana penonton terbesar. Ia boleh jadi sama ada media tradisional atau platform media sosial berskala besar (seperti Facebook)," kata Adam Hadley, pengarah Tech Against Terrorism.

Selepas serangan tersebut, jurucakap Facebook New Zealand, Mia Garlick, berkata video yang menunjukkan insiden di Christchurch itu telah diturunkan dari platform mereka.

Tetapi, beberapa jam selepas serangan itu, CNN masih boleh mencari video di platform media sosial termasuk Twitter.

serangan pengganas di new zealand

Tom Chen, seorang profesor keselamatan siber di City University di London, mengatakan bahawa Suruhanjaya Eropah sedang menekan syarikat media sosial "untuk menurunkan propaganda pengganas dalam masa satu jam."

Terdapat ancaman denda untuk ketidakpatuhan, "kerana kebanyakan pengedaran berlaku dalam tempoh dua jam pertama memuat naik video baru," tambahnya.

Menurutnya lagi, platform seperti Twitter dan Facebook bergantung kepada perisian automatik untuk menghapuskan bahan sedemikian.

"Jika video pengganas kelihatan sama seperti permainan video, sangat sukar untuk pengelas automatik untuk mengetahui perbezaan antara video pengganas dan permainan video," kata Tom Chen.

Bagi yang lain, idea untuk mengharamkan teknologi sedemikian atau menapis menjadi satu pelanggaran kebebasan.

"Ini telah dibangkitkan sebelum ini dalam perdebatan mengenai penyiaran bunuh diri secara langsung. Dari satu sisi, pihak syarikat media sosial bertanggungjawab untuk bagaimana pengguna menggunakan teknologi mereka. Sisi yang lainnya adalah kebimbangan mengenai penapisan dan siapa yang ditapis dan bagaimana mereka ditapis." kata Lee Jarvis.

Teknologi seperti kereta juga boleh digunakan oleh manusia untuk menimbulkan kemudaratan terhadap orang lain, tambah Lee.

Akan tetapi, undang-undang telah dilaksanakan untuk menggalakkan penggunaan yang selamat.

"Ia bergantung kepada berapa tinggi risiko yang kita bersedia untuk hadapi dengan teknologi ini," kata Lee Jarvis. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)