Selama anda menggunakan internet dan pelayar sesawang serta enjin carian, pernah tak anda ternampak atau terlihat istilah Dark Web dan Deep Web?
Kemungkinan tidak. Kebanyakan pengguna internet biasa tidak mengetahui mengenai 2 istilah ini, namun mereka yang lebih tegar dan advanced, pasti mengetahuinya.
iluminasi.com ingin kongsikan dengan pembaca berkenaan Dark Web dan Deep Web.
BESARKAN TEKS A- A+
Apa itu Deep Web?
Istilah "deep web" dan "dark web" seringkali digunakan secara berganti-ganti, namun makna kedua-duanya adalah tidak sama.
Deep Web hanya merujuk kepada apa sahaja di laman sesawang yang tidak dapat ditemui menggunakan mesin carian seperti Google dan sebagainya.
Ini bermakna segala laman di sebalik paywall (akses terhad kepada pengguna yang telah membayar untuk melanggan laman web ini), apa-apa yang dilindungi dengan kata laluan atau apa-apa yang dihasilkan secara dalam proses dan tidak mempunyai URL kekal, semua perkara ini dikatakan terdiri daripada deep web kerana tidak wujud di permukaan laman sesawang.
Sebenarnya, anda mengakses deep web secara rutin setiap hari. E-mel dalam akaun Gmail anda, penyata bank dalam talian anda, intranet pejabat anda, mesej langsung di Twitter, foto yang anda muat naik ke Facebook dan disetkan kepada private.
Semua ini adalah contoh kepada deep web.
Tidak diketahui betapa besarnya deep web ini, namun anggaran daripada para penyelidik mencadangkan ia mungkin merangkumi majoriti semua kandungan dalam talian.
Deep web juga boleh dirujuk sebagai web yang tidak kelihatan atau tersembunyi, menambahkan misteri kepada yang sebenarnya adalah agak biasa.
Bertentangan dengan deep web adalah surface web, yang mana semua kandungannya boleh dicari melalui enjin carian seperti Google.
Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja. Deep web juga di mana maklumat mentah disimpan, sama ada sumber kerajaan, maklumat yang digunakan oleh para saintis atau dalam bentuk pangkalan data yang anda gunakan untuk penyelidikan sendiri.
Apa itu Dark Web?
Dark web adalah sebahagian daripada deep web, tetapi tidak sama. Bukan sahaja anda tak dapat menemuinya menggunakan enjin carian, malah anda tak boleh mengaksesnya melalui pelayar sesawang biasa.
Ini adalah salah satu daripada sisi internet yang gelap dan jahat yang dirujuk oleh media.
Dark web adalah "rumah" kepada laman sesawang yang dihoskan secara tanpa nama yang banyak berurusan dalam aktiviti haram.
Dalam sebuah kajian melibatkan lebih daripada 5,000 laman dark web, Daniel Moore dan Thomas Rid menemukan bahawa lebih daripada separuh daripadanya terlibat dalam aktiviti termasuklah berkaitan dengan dadah, ekstremisme, pornografi kanak-kanak dan senjata api.
Dalam kata mudah, ia merupakan pasaran gelap atas talian.
Walaubagaimanapun, disebabkan oleh ia adalah cara yang berkesan untuk berkomunikasi dalam talian tanpa dikesan, dark web juga digunakan oleh pembangkan kerajaan atau wartawan di mana-mana negara di mana internet melalui penapisan ketat dan oleh mereka yang tidak mahu diperhatikan dalam talian.
Malah, enjin carian privasi Duck Duck Go menawarkan perkhidmatan tersembunyi bagi dark web.
Sebenarnya, enjin pencarian privasi-centric Duck Duck Go menjalankan perkhidmatan tersembunyi di web yang gelap.
Kebanyakan laman dalam dark web menggunakan alat enkripsi Tor, namun terdapat juga perkhidmatan lain seperti I2P dan Freenet.
Anda memerlukan perisian yang khurus untuk mengakses perkhidmatan-perkhidmatan ini dan laman yang menggunakannya. Ia tidak menyalahi undang-undang untuk melayari dark web di kebanyakan negara, namun menggunakan beberapa perkhidmatan dari dark web sudah pasti menyalahi undang-undang.
Penggunaan dark web adalah seperti melangkah semula ke zaman awal kewujudan internet. Laman-laman sesawang biasanya mempunyai paparan yang sangat asas dan biasa, serta terdapat beberapa enjin carian bagi membantu anda mencari apa yang anda mahukan.
Cara terbaik untuk mencari laman sesawang adalah melalui direktori seperti The Hidden Wiki, yang mana mengekalkan senarai kebanyakan daripadanya.
Perlu diketahui bahawa adalah sangat perlahan, yang mana kesan sampingan yang tak dapat dielakkan dalam proses persembunyian.
Bagaimana untuk mengakses Dark Web?
Pelayar Tor adalah aplikasi utama untuk mengakses dark web. Tor adalah singkatan kepada The Onion Router, satu metafora menunjukkan lapisan keselamatan yang berfungsi dalam menyembunyikan lokasi pengguna dan pelayar, membolehkan anda mengakses laman sesawang tersembunyi dengan akhiran domain ".onion".
Tor juga boleh digunakan untuk melayari laman sesawang biasa secara tersembunyi.
Penyelidikan oleh Daniel Moore dan Thomas Rid mencadangkan bahawa dark web hanyalah merangkumi 3% hingga 6% daripada trafik Tor, dengan majoriti pengguna memilih menggunakan Tor atas sebab-sebab privasi.
Namun, disebabkan oleh tahap kelajuan Tor yang sangat mengecewakan, ia tidak begitu berkesan untuk melayari laman web umum.
Jika anda mempunyai kembimbangan privasi, adalah lebih baik anda menggunakan perkhidmatan VPN. Untuk mula menggunakan Pelayar Tor adalah mudah, hanya muat turun dari TorProject.org yang tersedia untuk sistem operasi Windows, Mac, Linux dan Android.
Ketika menggunakan aplikasi ini buat kali pertama, anda akan dipaparkan untuk memilih sama ada boleh berhubung dengan Tor secara langsung (kebanyakan pengguna) atau jika anda perlu menetapkannya untuk sambungan internet yang ditapis atau proksi.
Pelayar Tor berfungsi seperti mana pelayar sesawang yang lain, tetapi dengan tetapan keselamatan tambahan.
Rujukan: