Setiap hari ramai di antara kita melayari internet dengan bermacam jenis tujuan. Sama ada dengan menggunakan telefon pintar, komputer, tablet atau apa saja peranti yang boleh melakukan carian - kita seolah tidak boleh lari daripada menggunakan kemudahan internet.

Kita semua tahu untuk setiap capaian di internet, sambungannya memerlukan kita tahu alamat laman tersebut bagi membolehkan komunikasi dimulakan. Namun pernahkah anda terfikir apa yang berlaku setiap kali anda menekan butang 'cari' atau 'enter' di peranti anda?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Katakanlah anda mahu membuka laman web terbaik dan berinformasi bernama Iluminasi. Alamatnya? www.iluminasi.com. Anda pun menekan butang 'enter' dalam pelayar internet anda.

1. Pelayar internet bekerja keras

logo browser internet

Sebaik saja alamat atau URL dimasukkan, pelayar internet anda seperti Firefox, Chrome, aplikasi Google sendiri atau apa saja jenis pelayar anda akan memeriksa rekod DNS (Domain Name System) untuk mengesan alamat IP pautan yang anda masukkan.

Ada empat peringkat di sini - pelayar akan memeriksa ruangan 'cache' peranti anda dahulu bagi mendapatkan alamat DNS. Jika tiada, pelayar akan memerika 'cache' operasi sistem anda (Windows, iOS, Android). Jika tidak ada juga, pelayar akan memeriksa dengan simpanan DNS daripada pembekal internet atau ISP.

2. Apa berlaku seandainya DNS tidak ditemui?

apa itu dns

Seandainya alamat DNS untuk Iluminasi tidak ditemui di mana-mana peringkat cache, ISP sendiri akan melakukan carian pada peringkat mereka bagi mencari alamat DNS di internet.

3. DNS ditemui! Apa berlaku selepas itu?

proses komunikasi internet

Selepas alamat DNS dan sambungan kepada IP yang betul dipadankan, pelayar internet anda akan memulakan sambungan bagi membolehkan data ditukar. Setiap hubungan ini dilakukan dengan menggunakan sambungan yang digelarkan sebagai TCP kebiasaannya. Namun, wujud beberapa jenis hubungan format lain yang ada namun TCP adalah yang paling biasa digunakan.

Untuk menghubungkan pelayar internet anda dengan IP, akan berlaku proses 'handshake' yang dilakukan sebanyak tiga kali di antara pelayar anda dengan IP yang cuba anda hubungi. Pelayar anda akan meminta 'server' kebenaran untuk membuka sambungan baru yang digelarkan proses 'SYNCHRONIZE' atau 'SYN.'

Server pula akan mencari mana pengkalan sambungan yang terbuka. Sekiranya ada, sedikit data mengesahkan sambungan dibolehkan akan dihantar pada anda. Ini proses ACKNOWLEDGE atau 'ACK'. Paket data yang mengandungi data SYN/ACK akan dihantar semula pada anda bagi membolehkan hubungan terus dilakukan.

4. Mari memuat turun HTML

kod html mentah

Hanya selepas proses handshake dan data SYN/ACK berjaya dilakukan, barulah pelayar anda dibenarkan memuat turun data daripada server. Pelayar akan menghantar permintaan data menerusi permintaan HTTP.

Permintaan itu akan dipenuhi, namun sebelum itu server Iluminasi perlu melalui beberapa proses lain sebelum anda dapat melayari laman kami. Server akan menyerahkan tugasan kepada sistem yang dinamakan 'request handler' yang bertugas memproses permintaan anda.

Request handler kemudiannya akan memberikan 'maklumbalas' dalam beberapa cara kepada anda. Dalam proses ini, server Iluminasi akan menghantar kepada anda beberapa format data iaitu HTML, JSON atau XML.

5. Kembali pada pelayar

melayari laman web

Informasi dan data yang dihantar semula kepada anda perlulah diproses terlebih dahulu ke dalam bentuk yang boleh difahami anda. Jadi pelayar akan memuat turun format HTML yang asalnya dalam bentuk pengaturcaraan, seterusnya memaparkan pengaturcaraan itu dalam bentuk mesra pengguna.

Pertama sekali, pelayar internet anda akan memproses asas laman web itu terlebih dahulu yang kosong dan hanya mempunyai kod HTML asas. Selepas itu selesai, barulah pelayar anda akan menghantar isyarat untuk beberapa kali lagi bagi mendapatkan data-data lain seperti imej, skrip, video dan sebagainya. Selepas selesai semua proses muat turun dan muat naik ini, terpaparlah di depan anda laman web yang anda gemari itu.

Itulah yang kita tidak nampak berlaku setiap kali anda melayari internet. Mengagumkan bukan sesuatu yang sebenarnya sangat rumit, berlaku dalam masa beberapa saat sahaja di depan mata anda?




Hakcipta iluminasi.com (2017)