Oleh pada 19 Jan 2020 kategori

Oleh kerana eksperimen tidak selalunya berakhir dengan hasil yang diingini atau dijangkakan, kita terpaksa memilih makhluk lain yang boleh dijadikan sebagai subjek dalam eksperimen.

Dan seperti yang umum tahu, haiwan yang paling popular dan memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang penyelidikan adalah tikus.

Tikus digunakan dalam eksperimen untuk pelbagai perkara daripada mencari formula untuk ubat-ubatan kanser hinggalah kepada menguji makanan tambahan (suplemen).

BESARKAN TEKS     A-  A+

tikus dalam makmal penyelidikan

Malah, Yayasan Penyelidikan Biomedikal (FBR) menyatakan bahawa 95% daripada semua haiwan yang digunakan dalam makmal adalah tikus.

Jadi, mengapa haiwan perosak ini menjadi pilihan para saintis dalam bidang sains dan penyelidikan?

1. Mudah dan murah

sebab tikus banyak digunakan dalam penyelidikan

Pertama sekali, tikus adalah sejenis makhluk yang bersaiz kecil dan dengan ini mudah untuk ditempatkan. 

Ia sangat mudah dikendalikan, diangkut dan dilakukan eksperimen ke atasnya, berbanding haiwan lain yang lebih besar atau sukar untunk diramal.

Selain itu, tikus dapat menyesuaikan diri dengan mudah dalam persekitaran baru.

Ia juga membiak dengan cepat dan mempunyai jangka hayat pendek sekitar dua hingga tiga tahun, jadi beberapa generasi tikus dapat diperhatikan dalam tempoh yang agak singkat sebelum memberikan peluang untuk generasi akan datang.

Malah, harga tikus juga agak murah dan boleh dibeli dalam kuantiti yang besar dari pengeluar komersial yang membiakkan tikus khusus untuk tujuan penyelidikan.

Lebih penting, tikus biasanya agak jinak dan sukar untuk marah, membuatkannya mudah untuk dikendalikan oleh para penyelidik.

2. Persamaan dengan manusia

kenapa tikus dijadikan ujian makmal

Tikus lebih disukai dalam penyelidikan kerana ia mempunyai persamaan yang sangat serupa dengan manusia dari segi genetik, biologi dan tingkah laku.

Menurut Muzium Sains Koshland, tikus berkongsi 90% gen yang sama dengan manusia. Oleh itu, tikut mewakili cara yang terbaik untuk menguji sifat interaksi gen yang berbeza pada manusia.

Juga, banyak sistem badan tikus digunakan sama seperti manusia, yang menjadikannya lebih mudah untuk mengkaji kesan semua jenis ubat dan ubat-ubatan pada tubuh manusia.

Menurut Jenny Haliski, wakil Pejabat Kebajikan Haiwan Makmal Kebangsaan Institut Kesihatan (NIH), tikus adalah mamalia yang berkongsi banyak proses dengan manusia dan sesuai untuk digunakan dalam menjawab banyak persoalan penyelidikan.

Dalam tempoh dua dekad yang lalu, persamaan-persamaan ini menjadi semakin kuat. 

3. Boleh diubah secara genetik

tikus boleh diubah secara genetik

Satu lagi perkara yang hebat tentang tikus adalah hakikat bahawa ia boleh diubah secara genetik.

Para saintis boleh 'menghidupkan' atau 'mematikan' gen tertentu dalam tikus untuk melihat bagaimana perubahan ini mempengaruhi tikus. tersebut.

Jenis-jenis tikus dengan gen yang telah diubah ini dikenali sebagai 'tikus knockout' dan sangat membantu dalam menentukan bagaimana gen tertentu dapat menyebabkan berlakunya penyakit tertentu.

Terdapat satu lagi jenis tikus, yang dipanggil tikus transgenik, yang dibiakkan selepas ditanam DNA asing di dalamnya.

Jenis tikus ini membantu dalam pemetaan model penyakit tertentu yang berlaku pada manusia.

4. Memberikan keputusan yang lebih seragam

tikus kajian dalam makmal 504

Kebanyakan tikus yang digunakan dalam ujian perubatan melalui proses pembiakbakaan (inbred). Ini supaya selain daripada berbeza dari segi jantina, tikus-tikus ini hampir serupa dari segi genetik.

Ini sekaligus membantu menghasilkan keputusan ujian perubatan lebih seragam, menurut Institut Penyelidikan Genom Manusia Kebangsaan.

Sebagai keperluan minimum, tikus yang digunakan dalam eksperimen mestilah datang dari spesies baka tulen yang sama.

5. Difahami oleh para saintis dengan baik

saintis lebih memahami tikus daripada haiwan lain

Tikus juga merupakan haiwan penyelidikan yang efisyen kerana anatomi, fisiologi dan genetik haiwan ini difahami dengan baik oleh para penyelidik.

Dan dengan ini, sebab terhadap apa-apa perubahan pada tingkah laku atau ciri-ciri tikus boleh diketahui dengan mudah.

Menurut FBR, sesetengah tikus yang dikenali sebagai tikus "imunodefisiensi gabungan yang teruk" (SCID), secara semulajadinya lahir tanpa sistem imun dan dengan ini boleh menjadi model untuk penyelidikan tisu manusia biasa dan malignan.

Beberapa contoh gangguan dan penyakit manusia di mana tikus digunakan sebagai model termasuklah:

  1. Tekanan darah tinggi
  2. Diabetes
  3. Katarak
  4. Obesiti
  5. Sawan
  6. Masalah pernafasan
  7. Pekak
  8. Penyakit Parkinson
  9. Penyakit Alzheimer
  10. Kanser
  11. Cystic fibrosis
  12. HIV dan AIDS
  13. Penyakit jantung
  14. Distrofi otot
  15. Kecederaan saraf tunjang

Tikus juga digunakan dalam kajian perilaku, deria, penuaan, pemakanan dan genetik, serta menguji ubat-ubatan anti-keinginan yang berpotensi menamatkan ketagihan dadah.

Rujukan:

1. National Center for Biotechnology Information

2. Live Science

3. Science




Hakcipta iluminasi.com (2017)