Sekumpulan penyelidik telah berjaya mencipta apa yang boleh dikatakan sebagai rahim tiruan paling baik setakat ini; sebuah beg berisi cecair yang boleh digunakan untuk mengandungkan bayi kambing ketika usianya baru 4 minggu. Walaupun sudah ada pelbagai kajian telah dilakukan dalam bentuk lain, ini adalah kali pertama kajian tersebut menemui cara paling mudah untuk penghasilan rahim tiruan.
BESARKAN TEKS A- A+
Hasilnya adalah sebuah beg bertututp yang dinamakan "biobag", yang mampu membekalkan cecair amniotik yang dipam masuk dan keluar melalui tiub yang dipasang. Walaupun ada antara sampel kajian menunjukkan komplikasi dan untuk melakukan kajian ke atas manusia masih belum cukup persediaannya, kajian ini membuktikan ada harapan untuk kes-kes kelahiran bayi pra matang yang ekstrim.
"Mereka telah mencipta satu sistem lengkap di mana fetus (bayi) mampu hidup seperti seolah berada di dalam rahim," kata Anna David, seorang pakar dari Universiti College London (UCL). "Fetus sudah secara automatik tahu apa yang perlu dia lakukan, membuktikan apabila fetus sudah pun diletak di dalam Biobag, tidak ada sebarang kawalan atau prosedur khas perlu dilakukan.
Fetus berada dalam keadaan unik ketika di dalam rahim. Saluran plasenta membekalkan khasiat yang diperlukan dan oksigen sementara paru-paru fetus tidak menyedut udara. Mereka terapung di dalam kolam yang dipenuhi cecair amniotik, yang ditelan oleh fetis lalu menghasilkan cecair aminiotik yang dinyahkeluar menerusi perkumuhan dan proses itu berterusan. Untuk bayi yang lahir terlalu awal, kemungkinan untuk terus hidup agak rendah - peratusan untuk hidup berada di tahap 10% hingga 50% dan jika dapat hidup, besar kemungkinan akan mengalami kecacatan otak, paru-paru atau apa-apa komplikasi lain.
Dalam satu kajian yang dilaporkan dalam jurnal Nature Communications, penyelidik di Children Hospital of Philadelphia (CHOP) telah melalui beberapa versi alat Biobag sebelum menjumpai teknologi yang benar-benar berjaya. Subjek kajian terkahir mereka iaitu 8 ekor anak kambing yang dilahirkan secara cesarean section pada usia 110 hari atau bersamaan dengan 23 ke 24 minggu bagi usia janin manusia.
Mengambil tempoh beberapa bulan, saintis dan seorang pakar bedah kanak-kanak bernama Alan Flake serta kumpulan pengkaji melakukan pelbagai ujikaji untuk mendapatkan kaedah terbaik mencipta situasi yang menyerupai rahim. Kebanyakan anak kambing diletak di dalam Biobag selama 4 minggu dan kemudiannya dibenarkan untuk dipindahkan ke dalam ventilator lain.
Kebanyakannya berjaya untuk terus hidup walaupun ada yang mengalami komplikasi seperti bengkak pada bahagian paru-paru dan terpaksa dikorbankan untuk mengetahui kesan Biobag kepada pembentukan paru-paru yang bengkak. Seekor yang paling tua antara kelapan-lapan anak kambing yang dikaji kini sudah mencecah usia lebih setahun.
Apabila ditanya adakah teknologi seperti itu boleh dikembangkan untuk menghasilkan manusia seperti filem The Matrix, Flake menyatakan yang beliau lebih berminat untuk mengetahui teknik dan kaedah yang dapat membantu bayi yang pra matang selamat untuk terus hidup.
Ada beberapa perkara lagi yang belum diketahui seperti bagaimana fetus yang dijangkiti mampu melawan jangkitan di dalam rahim tiruan, kerana jangkitan adalah satu faktor besar dalam kes kelahiran bayi pra matang. Selain itu impak jangka panjang tentang apsek penjagaan bayi yang dilahirkan menggunakan teknik ini perlu dikaji dengan lebih mendalam. Satu kajian klinikal perlu dilakukan untuk beberapa tahun bagi mendapatkan standard penjagaan yang diperlukan - bukan sekadar kadar mortaliti bayi tetapi juga melibatkan masalah komplikasi yang meungkin timbul dalam kes-kes kelahiran bayi pra matang.
Menurut Tippi Mackenzie, salah seorang penyelidik di UCL, "jika ia berfungsi, kita patut teruskan." Mackenzie percaya sistem sedia ada yang digunapakai dalam membantu kelahiran bayi pra matang adalah tidak ideal.
"Saya rasa Biobag berpotensi untuk merevolusikan bagaimana kes kelahiran bayi pra matang akan dijalankan," kata beliau. "Itu adalah sesuatu yang cukup besar dan perlu dihebahkan kepada semua."
"Mungkin dalam 3 tahun, kita akan dapat lihat adakah kaedah ini boleh digunakan untuk bayi manusia," kata Flake.
Terjemahan semula dari artikel Science Magazine