Jika anda cuba untuk mendapatkan nutrisi yang lebih daripada pemakanan anda, adalah amat jelas bahawa berbelanja di bahagian segar adalah lebih daripada membeli barangan sejuk beku atau tin.

Namun hakikatnya adalah bertentangan dengan apa yang anda fikirkan.

Hasil beku dan dalam tin boleh mempunyai lebih banyak nutrien daripada produk segar, terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sayuran sejuk beku dan dalam tin

sayuran sejuk beku

Tetapi, bagaimana ini boleh berlaku? Bukankah sayuran segar lebih baik daripada produk sejuk beku?

Sebenarnya, sebaik sahaja sayur-sayuran dipetik, nutrien yang terkandung mula merosot.

Memetik buah atau sayuran dari pokoknya bermakna anda menghentikan produk ini daripada sumber makanannya.

Jadi, ia mula menggunakan nutrien yang ada untuk terus hidup.

Sayur-sayuran yang anda beli di kedai runcit atau pasar raya mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu untuk sampai ke sana dan mengalami perubahan nutrien yang ketara.

Untuk mengelakkannya daripada rosak sebelum sampai ke destinasi, sayur-sayuran segar juga biasanya dipetik sebelum ia masak.

Jadi, ini mungkin membuatkan sayur-sayuran tersebut tidak mengandungi nutrien yang sepatutnya ia miliki ketika masak.

Sebaliknya, sayur-sayuran tin dan beku diproses betul-betul ketika ia masak, jadi nutriennya tersimpan di dalamnya dan tidak mengalami pengurangan nutrien dari masa ke masa.

Pemprosesan sayur-sayuran

sayuran sejuk beku 3

Jika ini benar, mengapa orang ramai mempercayai perkara yang bertentangan iaitu sayuran segar lebih bernutrisi tinggi berbanding sayuran sejuk beku dan tin?

Memang benar bahawa pengetinan dan pembekuan boleh mendedahkan sayur-sayuran kepada sejumlah haba, yang dapat memsunahkan nutrien.

Tetapi jika dibandingkan dengan degradasi semulajadi yang dialami oleh sayuran segar, kehilangan nutrien oleh sayuran tin dan sejuk begku adalah sangat minima.

Kerugian terbesar adalah dalam vitamin larut air seperti vitamin B dan C.

Menurut tinjauan sistematik dalam Jurnal Sains Makanan dan Pertanian, brokoli kehilangan 13% vitamin C nya apabila disejukkan selama 21 hari tetapi kehilangan 50% apabila dibekukan.

Tetapi kajian yang sama mendapati bahawa nutrien lain, terutamanya antioksidan seperti polifenol, tidak terdegradasi sama sekali dalam proses beku dan pengetinan dan banyak yang lebih tinggi daripada sayuran segar yang sama.

sayuran segar

Sudah tentu, pemprosesan biasanya membenarkan terkandungnya bahan tambahan yang tidak sihat seperti natrium dan sayuran yang dipetik serta dimakan pada hari yang sama adalah lebih sihat daripada alternatif lain.

Tetapi secara umum, tidak ada keperluan untuk anda mengelakkan daripada memakan sayuran sejuk beku dan dalam tin.

Apabila ia melibatkan buah-buahan dan sayur-sayuran, jumlah yang anda makan adalah lebih penting daripada bentuk yang anda makan.

Jika anda lebih suka hasil segar, itu lebih baik. Tetapi jika sayuran sejuk beku dan dalam tin membuatkan anda lebih mudah untuk makan sayur, anda perlu tahu bahawa ia sama atau mungkin lebih bernutrisi berbanding sayur segar.

Rujukan:

1. Greatist

2. ABC

3. Fresh Veges




Hakcipta iluminasi.com (2017)