Sekiranya anda seorang pengguna pengangkutan awam, menaiki eskalator merupakan salah satu perkara wajib yang perlu anda lalui. Ramai orang akan bergegas semasa menaiki atau menuruni eskalator, dengan kebiasaannya laluan di bahagian kanan kita akan dikosongkan supaya mereka yang mahu berjalan di eskalator dibenarkan lalu.

Di sesetengah negara maju, amalan ini dijadikan peraturan rasmi dengan para pengguna wajib mengosongkan sebelah laluan mereka namun di negara kita, amalan itu hanyalah sesuatu yang menjadi pilihan sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ramai percaya dengan berjalan semasa menggunakan eskalator, trafik akan menjadi lebih laju. Maklumlah, mereka yang berjalan akan sampai lebih awal berbanding mereka yang statik menunggu. Persoalannya - betul ke sangkaan kita tu?

Mitos pengguna eskalator yang sangat popular

perlukah beri laluan untuk pengguna eskalator

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu merujuk kepada beberapa kajian yang telah dijalankan. Kita semua sudah tahu sebuah eskalator mampu memuatkan dua orang serentak dalam satu anak tangga.

Dalam satu kajian yang dijalankan di Holborn, Britain - dilakukan kajian perbandingan jumlah kadar aliran pengguna di antara eskalator yang mengosongkan sebelah laluan supaya orang boleh berjalan dengan eskalator yang kedua-dua ruangnya dipenuhi.

Hasilnya, wujud perbezaan besar di antara jumlah kapasiti pengguna yang mampu menggunakan eskalator dalam satu masa. Apabila sebelah laluan dikosongkan bagi memberi jalan pada 'pejalan eskalator', hanya 81.25 orang boleh menggunakan eskalator dalam 1 minit.

eskalator di jepun

Sementara bila kedua-dua laluan dimanfaatkan, 112.5 orang mampu menggunakannya dalam tempoh waktu yang sama. Tak nampak besar sangat kan perbezaannya?

Apabila semakin ramai orang mampu menggunakan eskalator dalam satu masa yang sama, jumlah orang yang menunggu di bawah (atau di atas) akan berkurangan, seterusnya menjimatkan masa orang ramai daripada menunggu. Berapa minit masa dapat dijimatkan secara keseluruhannya? 31.25 minit!

Satu kajian lain yang membuktikan tanggapan kita salah

eskalator banyak

Satu lagi eksperimen yang dijalankan di London pada tahun 2015 melakukan ujian yang berbeza, menilai tempoh yang digunakan setiap pengguna di atas eskalator sama ada statik atau berjalan.

Hasil kajian mereka mendapati memang wujud penjimatan masa yang besar sekiranya seseorang berjalan mendaki eskalator. Seseorang yang bergerak memerlukan 26 saat untuk tiba ke atas, berbanding 40 saat untuk seseorang yang statik - apabila eskalator kosong.

berjalan di eskalator tak jimatkan masa 2

Semasa eskalator dibuka seperti biasa, apabila satu laluan dibuka bagi membolehkan orang berjalan; purata ini meningkat kepada 46 saat untuk yang bergerak dan 138 saat untuk pengguna statik.

Apa yang menarik, apabila semua orang berdiri dan tidak ada pengguna eskalator berjalan - tempoh purata kesemua pengguna yang statik tadi turun kepada 59 saat, berkurangan 79 saat. Jumlah pengguna yang menunggu giliran menaiki eskalator juga menurun daripada 73 kepada 24 orang.

Kenapa waktu lebih banyak dijimatkan bila semua orang berdiri?

laluan pengguna eskalator sesak

Jawapannya mudah - apabila kita mengosongkan satu laluan eskalator yang sepatutnya boleh memuatkan dua orang, kita sebenarnya menyempitkan ruang yang boleh memuatkan pengguna lain. Logik kan?

Apa yang dicadangkan oleh kedua-dua kajian ini selepas semua data dikumpulkan - kita kena berhenti memberikan ruang pada orang untuk lalu, kerana itu akan melambatkan lebih ramai orang. Masih belum percaya?

Dalam salah satu kenyataan rasmi, syarikat pembuat lif dan eskalator terkenal OTIS pun sebenarnya tidak menggalakkan pengguna eskalator berjalan semasa menaiki atau menuruni eskalator kerana faktor keselamatan.

awek naik eskalator 471

Apabila seseorang berjalan di atas eskalator, risiko untuk dia jatuh lebih tinggi. Semua pengguna eskalator dinasihatkan supaya berdiri saja di atas eskalator, berpegang pada pemegang di sisi anda dan berhati-hati dengan sekeliling anda dengan sabar.

Kami harap selepas ini anda janganlah bergegas-gegas menaiki eskalator dan marah dengan pengguna yang tak memberikan anda laluan,  kerana andalah sebenarnya yang melambatkan mereka.

Rujukan Estimation of Capacity of Escalators in London Underground (PDF)




Hakcipta iluminasi.com (2017)