Bahan-bahan mentah seperti sayuran dan buahan masing-masing mempunyai cara untuk mengekalkan kesegaran mereka. Pernah tak anda beli barang dapur dan menyimpannya begitu sahaja di dalam peti sejuk, tanpa mengetahui cara yang betul? Mesti pernah kan. Untuk pengetahuan anda, tak semua bahan-bahan ini boleh disimpan di dalam peti sejuk, dan juga terdapat beberapa cara untuk memaksimakan kesegaran sayuran dan buahan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pihak iluminasi.com nak berkongsi dengan anda cara-caranya yang membolehkan anda lebih sihat dengan memakan sayuran dan buahan yang segar serta dapat menjimatkan wang anda kerana ia lambat rosak.

1. Jangan basuh sebelum simpan

sayuran 604

Bunyinya macam pelik, tapi ia adalah lebih baik jika anda tidak membasuh sayuran dan buahan sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau almari. Jika ia kotor, cukup dengan hanya lap menggunakan kain kering atau tisu. Dengan membasuh boleh menyebabkan sistem pertahanan boleh hilang dan memudahkan proses pereputan.

2. Buahan dan sayuran perlukan persekitaran yang kering

strawberry

Kelembapan menggalakkan pertumbuhan kulat. Cara terbaik untuk mengelakkan perkara ini berlaku adalah dengan meletakkan tuala kertas di dalam bekas yang mengandungi buahan atau sayuran. Ia akan menyerap lebihan lembapan dan juga menghalang pereputan.

3. Cara yang betul untuk menyimpan avocado

avocado

Buah avocado yang belum masak perlu dimasukkan ke dalam beg plastik atau dibalut menggunakan suratkhabar dan di simpan di tempat yang bersuhu bilik sehingga ia masak. Selepas ia masak, masukkan ke dalam beg plastik dan simpan ke dalam peti ais.

4. Jangan simpan sesetengah buahan dan sayuran di dalam peti sejuk

chillies

Lada benggala, timun dan tomato perlu disimpan di tempat bersuhu bilik. Lada benggala akan hilang kekenyalannya jika disimpan di dalam peti sejuk dan timun dan tomato pula akan menjadi lembik dan berlendir. Buahan dan sayuran tidak patut disimpan di dalam peti sejuk sebelum ia masak sepenuhnya, jika tidak, ia akan lebih mudah rosak.

5. Balut tangkai pisang

pisang

Jika pisang disimpan di dalam peti sejuk, ia akan mudah menjadi hitam dan hilang rasanya. Cara terbaik adalah meletakkan atau menyimpannya di tempat bersuhu bilik dan tangkainya dibalut dengan plastik.

6. Simpan sayuran yang dihiris dan dikupas di dalam air

hirisan sayur

Anda sebenarnya boleh menyimpan sayur yang baru dihiris atau dikupas untuk masa yang lama di dalam peti sejuk. Masukkan sayuran itu ke dalam bekas yang berisi air dan simpan.

7. Simpan buahan dan sayuran di bahagian bersuhu lebih tinggi di dalam peti sejuk

bahagian bawah peti sejuk

Semakin rendah suhu, semakin sukar untuk mengekalkan aroma dan kesegaran buahan dan sayuran. Jika anda mahukan kesegarannya bertahan lama, simpan di tempat yang disediakan untuk sayuran dan buahan, biasanya di bahagian bawah peti sejuk, kerana suhunya lebih tinggi.

8. Sesetengah buahan dan sayuran tidak boleh disimpan bersama

tidak boleh disimpan sekali

Sesetengah buahan dan sayuran akan merembeskan ethylene apabila ia masak. Ini termasuklah pisang, aprikot, pear, mangga dan tomato.

Buahan dan sayuran yang lain sensitif dengan ethylene, termasuk epal, terung, tembikai, ubi kentang, labu, lobak dan broccoli. Jika disimpan bersama kumpulan di atas, buahan dan sayuran ini akan mereput dengan kadar yang cepat. Jadi, lebih baik diasingkan kedua-dua jenis buahan dan sayuran ini.

9. Asingkan bawang daripada ubi kentang

bawang dan ubi

Jika anda menyimpan bawang dan ubi dalam tempat yang sama, pucuk bawang akan bercambah dan tidak lagi boleh dimakan.

10. Bawang putih dan bawang sukakan tempat gelap

bawang bawang

Kawan baik bawang putih dan kumpulan bawang lain adalah tempat gelap. Jika anda tidak mempunyai tempat yang tidak terdedah kepada cahaya, anda boleh masukkan bawang-bawang ini ke dalam beg kertas yang ditebuk lubang kecil untuk pengudaraan. Dengan cara ini anda boleh menyimpan di mana-mana sahaja bahagian dapur anda.

11. Ubi akan rosak jika terdedah kepada cahaya matahari

potato

Jangan simpan ubi kentang di tempat yang terdedah kepada cayaha matahari secara langsung. Bukan sahaja ia akan mula mereput, malah ia akan menjadi bahaya. Simpan di tempat yang kering, gelap atau di dalam bekas kayu, plastik atau raga.

12. Simpan beberapa biji epal bersama ubi kentang

epal dan potato

Jika anda menyimpan kedua-dua ini bersama, ubi kentang akan segar lebih lama.

13. Asparagus perlu disimpan seperti kuntuman bunga

asparagus

Asparagus perlu disimpan di dalam gelas yang berisi air, seperti mana anda menyusun kuntuman bunga. Dengan cara ini ia akan kekal segar lebih lama.

14. Broccoli dan kubis bunga sukakan kelembapan

broccoli

Cara terbaik menyimpan broccoli adalah dengan merendamkan batangnya ke dalam air dan bahagian bunganya dengan tuala basah. Airnya perlu ditukar selalu dan tuala perlu sentiasa lembap.

Kubis bunga pula juga perlu di balut tuala basah, atau di dalam beg plastik dan ditebuk sedikit lubang untuk pengudaraan.

15. Sayuran yang disimpan di tempat bersuhu bilik memerlukan pengudaraan

bersuhu bilik

Sayuran tidak patut disimpan di dalam almari yang tertutup. Ia akan mudah rosak daripada disimpan ditempat lain. Cara terbaik adalah menyimpannya di dalam kotak plastik atau kayu dengan pengudaraan yang baik, ataupun dimana sahaja yang mempunyai pengudaraan yang baik.

16. Balut saderi menggunakan tin foil

saderi

Saderi akan tahan lebih lama jika dibalut menggunakan tin foil dan disimpan di dalam peti sejuk. Ia akan hilang rasa dan konsistensinya jika disimpan di dalam plastik.

17. Tomato perlu disimpan dengan tangkainya menghadap ke atas

tomato

Bahagian tangkai tomato adalah kawasan yang paling sensitif. Bahagian ini adalah bahagian yang akan mula rosak. Dengan menyimpan tomato dengan bahagian tersebut menghala ke atas dapat mengekalkan kesegaran tomato lebih lama.

18. Anggur akan segar lebih lama jika disimpan di dalam beg polyethylene

anggur

Anggur tidak akan rosak dengan mudah, dan akan kekal segar dan berjus jika disimpan di dalam beg polyethylene atau balutan plastik dan disimpan di dalam peti sejuk. Juga, jangan simpan anggur satu tangkai besar bersama, kerana bahagian bawah akan mudah hancur.




Hakcipta iluminasi.com (2017)