Sebagai manusia, tidur adalah proses asas untuk badan kita. Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang produktif dan aktif, maka tidur yang nyenyak setiap malam amatlah penting.

Ini mengelakkan daripada tidak cukup tidur dan mencegah insomnia. Mereka yang gagal untuk mendapatkan rehat secukupnya ketika tidur akan mengalami kesan yang negatif terhadap otak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tapi bagaimana pula dengan tidur meleleh air liur? Ia sangat memalukan namun mempunyai kebaikan. Jawapan mudah bagi soalan mengapa tidur meleleh liur adalah tidur dalam mulut terbuka.

Otot-otot badan berehat ketika tidur terutamanya ketika tidur REM dan membuatkan mulut terbuka.

Sesentengah mencadangkan bahawa posisi tidur adalah penting dan tidur mengiring kebarangkalian membuatkan air meleleh, lebih-lebih lagi jika dalam fasa REM.

Fasa tidur NREM dan REM

fasa tidur nrem dan rem

Tidur mempunyai dua fasa iaitu NREM dan REM. REM adalah singkatan kepada "rapid eye movement" yang bermaksud pegerakan mata pesat.

Fasa REM adalah ketika mana mimpi berlaku. Setiap kali tidur pada waktu malam, kita akan mengalami di antara 3 hingga 5 kali REM.

Ia berlaku dalam selang 1 hingga 2 jam dan dalam tempoh yang berbeza-beza di antara 5 minit hingga 1 jam. Dalam fasa REM, badan berada dalam keadaan tidur yang mendalam dan kita akan mengalami tidur nyenyak.

Pada peringkat ini, pemancar neuro tertentu dihalang untuk mengelakkan pergerakan otot yang akan membuatkan terjaga sebelum mimpi ngeri.

Dan apabila air liur anda meleleh, ia bermakna fasa REM tidak diganggu menandakan anda tidak mempunyai masalah tidur.

tidur rem membuatkan kita meleleh air liur

Fasa lain adalah NREM (non-rapid eye movement) iaitu fasa tidur yang anda tak mengalami mimpi. Kira-kira 80% daripada tidur malam orang dewasa berada dalam fasa NREM.

Jadi jika anda tidur 8 jam, kemungkinan besar anda akan mengalami tidur REM selama kira-kira 1 jam 30 minit dan selebihnya adalah NREM.

Bayi pula tidur dengan 80% berada dalam fasa REM.

Otak dimatikan ketika tidur

tak perlu malu tidur keluar air liur

Menurut Dr. Jorge Abel Salinas, individu dewasa akan terputus hubungan dengan dunia nyata sepenuhnya apabila fungsi otak dimatikan untuk mencapai tahap rehat dan pemulihan.

Fungsi otak yang dimatikan ini membuatkan kita berhenti menelan air liur yang mana biasanya ditelan semula ketika sedar.

Ketika sedar, penghasilan air liur adalah sama seperti tidur namun kerana tidur nyenyak, anda tidak menelan air liur.

Jadi, apabila anda tidur dengan baik, badan anda akan relaks dengan sepenuhnya membuatkan anda membuka mulut dan berakhir dengan "peta" di atas bantal.

Jika anda bimbangkan ia mungkin berkaitan dengan masalah kesihatan, anda mungkin salah.

Bagaimana pula jika air liur tidak pernah meleleh ketika tidur?

Ini mungkin disebabkan tabiat mimpi anda terkesan sepanjang malam dan anda tidak mendapatkan rehat yang cukup. Oleh itu, neuron-neuron anda tidak pulih.

bayi tidur nyenyak

Jadi, jangan malu jika air liur anda meleleh ketika tidur kerana anda mencapai tahap tidur yang berkualiti dan memberikan kesan positif kepada badan.

Ia adalah perkara yang normal dan semula jadi, apa yang penting adalah anda perlu memastikan anda bernafas dengan betul dan sleep apnea (gangguan pernafasan ketika tidur) tidak berlaku.

Oleh itu amat penting bagi kita untuk menjaga kebersihan sebelum dan ketika tidur serta menetapkan jadual tidur pada waktu tertentu.

Sasarannya adalah untuk membuatkan anda tidur nyenyak supaya neuron-neuron boleh pulih.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)